Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, April 1, 2012

PDK Selayang : Bercanda di Pesisiran Pantai Bagan Lalang

PDK Selayang dengan kerjasama dari 3 orang penuntut Diploma Jurupulih Carakerja Kolej Sains Kesihatan Bersekutu kampus Sungai Buloh telah mengadakan program Riadah dan Sukaneka pada 22hb mac 2012 (Khamis) di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Sejurus tiba, sedang siapkan 'port'

Minum dulu
Rombongan mereka terdiri dari seramai 14 orang remaja kurang upaya dan 5 orang kanak-kanak kurang upaya yang merupakan pelatih PDK Selayang, 6 guru pengiring, 6 parents, 3 orang kakak kepada OKU tersebut, 3 Pelajar OT tersebut dan dan dibantu 5 pelajar Diploma Fisioterapi dari Kolej Winfield.

Persiapan gelanggang sukaneka

Ambil air untuk sukaneka acara ke:2

Mereka berkumpul seawal jam 6:15 pagi di PDK dan ada sebahagian dari mereka menginap di PDK. Bergerak pada jam 7:00 pagi dari perkarngan PDK Selayang dan tiba pada jam 9:00 pagi di pantai Bagan Lalang
Grouping

Pegawai teknikal sudah ready!
Acara bermula dengan minum pagi, selepas itu sebanyak 3 acara sukaneka diadakan.

Acara 1; lari kaki tiga

Lari, lari, lari

Cehh! ni siapa bawa siapa nih........

Lagi satu round
Sedang acara sukaneka berlangsung, mereka telah dilawati oleh rombongan dari PDK Bukit Bangkong, Sepang, selepas mereka balik dari membuat 'medical check-up' di klinik kesihatan Bandar Sepang.
Acara 2: Isi air dalam botol guna tuala

iyah, iyah, iyah..... perahhhhhhh!

Arghhhh! kenapa bawa tuala kering, mana ada airrrrrrrrrr......

Nih air ke yang banyak, peluh yang banyakkk
Selepas makan tengahari dan bersolat acara permainan 'galah panjang' pula diadakan.

Pelawat dari PDK Bukit Bagong
Diikuti dengan permainan bola sepak, sebelum mereka dapat mandi laut pada jam 3:45 petang apabila air laut mulai pasang.

Sedang bina istana pasir

Gotong-royong
Sebelum itu selepas sukaneka tamat, mereka mengadakan pertandingan membina istana pasir, mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan membina istana pasir mengikut

Dah siap........
Cammana, boleh ghoboh ni!

dah puas hati keeee!

huh! penat nyeh.........

Huh!

Hah!

Hoh!

Lepas menyepahkan, kenalah pungut sampah pula.

Haaaa1 cenggitu leee........

Hoittt, tuh kawasan orang leeee.....

haaaaaa! dapat gak berendam, lambat sangat air nih pasang

janji rase air.....laut

Sebelum balik, kucing tuh pun joint sama

nak balik dah....
Rombongan tersebut bergerak balik ke Selayang pada jam 5:45 petang dan tiba di destinasi pada jam 7:20 petang.

No comments: