Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, April 10, 2012

Apa Dah Jadi dengan Pendidikan Khas (PKBP) di SK Selayang Jaya

Ini adalah surat dari Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Jaya yang mengeluarkan pelajar OKU dari sekolah mereka tanpa sebab yang munasabah.


Sepatutnya surat seperti ini hanya dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Apakah ini menunjukkan pengurusan sekolah ini telah membelakangkan Menteri Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini bukan kes pertama sekolah ini menafikan hak pendidikan untuk smua kepada pelajar OKU di Selayang dan Batu Caves serta Daerah Gombak.

Apa dah jadi, dengan KPM dan menterinya diperkotak-katikan oleh seorang Penolong Kanan Kurikulum sebuah sekolah rendah.

Yang menjadi persoalannya:
  1. Adakah guru pendidikan khas di sekolah di atas layak bergelar seorang guru;
  2. Adakah guru pendidkan khas yang dilatih dan dilantik mencapai tahap kualiti seorang pendidik;
  3. Adakah mereka benar-benar terlatih, atau hanya mengejar imbuhan tambahan pendidikan khas;
  4. Adakah mereka mengikut sukatan pelajaran sendiri, tanpa mengikuti kehendak dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
Apakah KPM masih perlu menyimpan mereka yang tidak boleh bekerja seperti dalam akujanji mereka semasa menerima perlantikan sebagai guru.

Negara dan pembayar cukai menghadapi kerugian yang besar jika keadaan berterusan

Ibubapa/penjaga yang mempunyai anak kurang upaya yang anak/anak-anak mereka diperlakukan sebegitu rupa tiada tempat untuk mengadu, walaupun aduan telah dan pernah dibuat kepada Pejabat Pendidikan Daerah Gombak?

??? ??? ?

No comments: