Seramai 11 orang pelatih jururawat dari Kolej Perubatan PPUM telah melawat PDK Selayang pada 13hb September 2011 (Selasa).
|  | 
| Pelatih Jururawat PPUM sedang tekun mendengar taklimat di PDK Selayang | 
 
|  | 
| Taklimat disampikan oleh Puan Jamaliah dan Puan Siti Nor Azila | 
 Mereka dalam rangka lawatan sebanyak 4 kali bagi menjalankan aktiviti amal dan kebajikan disamping memberi pendedahan kepada mereka untuk mengenali dan berhadapan dengan OKU apabila mereka bertugas nanti.
 
|  | 
| Melakukan aktiviti 'peti beracun' | 
 Mereka merupakan pelajar tahun akhir kolej tersebut yang dijangka akan mula bertugas di beberapa buah hospital tahun hadapan.
 
|  | 
| Menyampaikan token kepada pelatih PDK sambil memujuk. | 
 Semasa di PDK, mereka telah mengadakan beberapa aktiviti dengan pelatih OKU EIP.
|  | 
| 'Sharing' | 
Mereka juga diberi peluang beramah mesra dengan pelatih PDK LPV dan menyaksikan sendiri proses latihan pra vokasional dan vokasional yang mereka perlu ikuti.
No comments:
Post a Comment