Monday, September 19, 2011

PDK Selayang : Lawatan dari Pelatih Jururawat PPUM

Seramai 11 orang pelatih jururawat dari Kolej Perubatan PPUM telah melawat PDK Selayang pada 13hb September 2011 (Selasa).

Pelatih Jururawat PPUM sedang tekun mendengar taklimat di PDK Selayang

Taklimat disampikan oleh Puan Jamaliah dan Puan Siti Nor Azila
 Mereka dalam rangka lawatan sebanyak 4 kali bagi menjalankan aktiviti amal dan kebajikan disamping memberi pendedahan kepada mereka untuk mengenali dan berhadapan dengan OKU apabila mereka bertugas nanti.

Melakukan aktiviti 'peti beracun'
 Mereka merupakan pelajar tahun akhir kolej tersebut yang dijangka akan mula bertugas di beberapa buah hospital tahun hadapan.

Menyampaikan token kepada pelatih PDK sambil memujuk.
 Semasa di PDK, mereka telah mengadakan beberapa aktiviti dengan pelatih OKU EIP.
'Sharing'

Mereka juga diberi peluang beramah mesra dengan pelatih PDK LPV dan menyaksikan sendiri proses latihan pra vokasional dan vokasional yang mereka perlu ikuti.

No comments:

Post a Comment