BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bagi Roslina Abdul Malek, 46, dan suami, Ahmad Radzi Mat Said, 50, memiliki anak di kalangan orang kurang upaya (OKU) bukan sesuatu yang memalukan atau menyusahkan.
Meskipun hanya bergantung kepada pendapatan yang tidak seberapa, pasangan itu cekal membesarkan dua daripada tiga anak mereka yang cacat dan kelainan upaya berbanding insan lain.
Menurut Roslina, anak sulungnya, Mohamad Hafizil Akram, dilahirkan normal seperti bayi lain.
Namun, siapa sangka demam panas yang dialami secara tiba-tiba ketika usianya baru mencecah tujuh hari membuatkan seluruh hidup Mohamad Hafizil kini terpaksa bergantung kepada orang tuanya.
Anak sulung pasangan itu mengalami serangan sawan dan menyebabkan perkembangan dirinya terbantut.
Sejak itu, keadaan Mohamad Hafizil tidak seperti insan normal lain dan kini, pada usia 24 tahun, dia hanya mampu merangkak dan berbicara dengan butir kata-kata yang tidak berapa jelas.
“Semangat kami sekeluarga sekali lagi diuji selepas anak kedua, Mohamad Muazan, juga mengalami masalah yang sama.
“Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan menganggap semua ini adalah ujian daripada-Nya.
“Mereka adalah amanah perlu dijaga, dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang kerana siapa tahu mungkin ada rahmat tersembunyi di sebalik semua ini,” katanya yang kini menetap di Anjung Bemban Maju, Batu Gajah, Perak.
Roslina berkata, keadaan anak keduanya lebih teruk berbanding Mohamad Hafizil kerana tidak dapat bercakap dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak.
Keadaan dua anaknya itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja tetap untuk membantu suaminya menambah pendapatan keluarga.
Roslina dan suaminya yang juga bekas pesara polis perlu bergilir-gilir menguruskan dua anaknya kerana dia perlu menyiapkan makanan seperti nasi lemak serta kuih-muih bagi dijual di gerai berhampiran rumah mereka.
Kata Roslina, pendapatan daripada jualan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban suaminya untuk menyara keluarga.
“Pendapatan suami saya sebagai pesara polis memang tidak mencukupi untuk menyara kami sekeluarga termasuk anak bongsu yang kini berada di tahun lima, Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah.
“Oleh sebab itu, saya menggagahkan diri untuk berniaga nasi lemak setiap pagi di tepi jalan walaupun ada ketikanya terpaksa membawa Mohamad Hafizil bersama dan meninggalkan Mohamad Muazan sendirian di rumah,” katanya.
Menurut Roslina, anak sulungnya tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti anak keduanya kerana boleh mengambil makanan seperti orang biasa.
Mohamad Muazan pula hanya boleh mengambil bijirin beras dan susu khas yang berharga puluhan ringgit setin termasuk perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.
“Dia (Mohamad Muazan) menggunakan lima keping lampin pakai buang sehari dan harga sekeping lampin itu bukannya murah.
“Setiap bulan, kami memperuntukkan kira-kira RM600 untuk keperluan Mohamad Hafizil dan Mohamad Muazan termasuk kos perubatannya.
“Jumlah itu memang besar bagi kami yang masih mempunyai anak yang bersekolah dan membayar ansuran rumah setiap bulan,” katanya.
Bagaimanapun, Roslina mengakui dia dan suami bersyukur dengan anugerah istimewa itu dan mahu membesarkan mereka dengan sebaik mungkin.
“Sebagai ibu bapa, saya dan suami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk Mohamad Hafizil dan Mohamad Muazan walaupun menyedari kekurangan yang ada pada diri mereka.
“Kami tidak pernah membezakan mereka dengan adiknya yang normal, malah tidak pernah berasa malu membawa mereka bersiar-siar di luar rumah jika berkesempatan.
“Saya dan suami akan pastikan mereka mendapat yang terbaik meskipun terpaksa mengerah keringat yang ada,” katanya.
Bagi yang mahu meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh dihulurkan ke akaun Bank Islam 08086020159343 (Roslina Abdul Malek).

No comments:
Post a Comment