SATU cahaya ganjil muncul pada waktu malam di bandar Ekaterinburg, utara Rusia pada Rabu lalu. |
MOSCOW - Satu cahaya ganjil yang menjelma pada waktu malam sehingga menarik perhatian pemerhati angkasa lepas didapati berasal dari sebuah satelit komunikasi tentera milik Rusia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Antara pemandangan menarik di Ekaterinburg |
Salah sebuah bangunan di Ekaterinburg |
Cahaya itu dihasilkan apabila booster roket terpisah dan jatuh di bumi.
Booster roket itu milik kapal angkasa Soyuz-2 yang membawa satelit Meridian 4 yang dilancarkan pada Rabu lalu dari pusat angkasa lepas Plesetsk, utara Rusia pada pukul 9.41 malam.
Kapal angkasa itu terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk booster yang setiap satunya mengandungi enjin dan akan dilepaskan selepas kehabisan minyak.
No comments:
Post a Comment