Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, May 19, 2011

Chelsea uji Malaysia

BERITA gembira buat penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia pada 21 Julai depan.

Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam.

Lebih menarik, menjelang aksi persahabatan tersebut, peminat The Blues turut berpeluang mendapat pas percuma menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu pada 19 Julai.

Begitupun, untuk melihat kelibat pemain bintang Chelsea itu berlatih, peminat hanya perlu membeli tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Chelsea di butik Adidas terpilih seluruh negara yang akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei ini. Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM68, RM108 manakala tiket VIP pula pada harga RM388 dengan jumlah yang terhad.

"Pada 2008, kami berjaya mengumpul 55,000 penonton untuk hadir menyaksikan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini. Jadi, tahun ini, kami jangka lebih ramai penonton akan hadir termasuk peminat dari negara jiran," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEvents Group, Julian Kam.

ProEvents merupakan promoter eksklusif Jelajah Asia Chelsea 2011 dan penaja rasmi bagi perlawanan tersebut adalah Adidas, Astro, One World dan Naza World.

"Selain aksi persahabatan tersebut, pemain Chelsea juga akan mengadakan beberapa program sampingan termasuk aktiviti amal serta perjumpaan dengan kelab penyokong rasmi Chelsea."

Tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.

p/s: harap OKU, anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari PDK Selayang yang juga penyokong Kelab Chelsea dapat peluang menonton perlawanan tersebut. Harap ada yang sudi menaja mereka.

No comments: