RACELAND (Louisiana): Berpuluh-puluh penduduk sekitar Teluk Mexico yang dilanda tumpahan minyak selepas letupan menenggelamkan pelantar Deepwater Horizon, kena penyakit misteri termasuk hilang ingatan dan tekanan darah yang sekejap tinggi dan sekejap rendah. “Apa yang unik mengenai pesakit ialah mereka hilang ingatan.
|
Pelantar Deepwater Horizon |
Mereka juga mengalami tekanan darah yang kadang kala rendah dan tinggi sebelum kembali normal. “Selain itu, tahap gula dalam darah juga tinggi rendah. Ada juga yang mengalami masalah paru-paru dan usus serius,” kata doktor, Mike Robichaux kepada Cable News Network (CNN).
|
Pancutan minyak yang bocor dari pelantar Deepwater Horizon |
Pendedahan itu dibuat empat hari selepas seorang penyelidik, Michelle Jones, menyiarkan laporannya mengenai penyakit misteri itu dengan menerangkan tiga kes membabitkan penduduk tempatan dan bekas pekerja BP yang jatuh sakit kerana tumpahan minyak itu.
|
Letupan dan Kebakaran Deepwater Horizon |
Robichaux melaporkan, dia merawat sekurang-kurangnya 60 pesakit dan mungkin ada ramai lagi yang mengalaminya.
|
Cubaan memadamkan kebakaran Deepwater Horizon |
Sebuah laman web aktivis alam sekitar mengecam sikap media Amerika yang memilih untuk tidak melaporkan masalah yang menimpa penduduk dekat Teluk Mexico.
|
Sibur-sibur yang terkena sisa tumpahan minyak |
Seorang penduduk, Andy LaBoeuf, 51, berkata dia dibayar AS$1,500 (RM4,500) sehari untuk mengaut minyak dari dasar laut, dianggarkan sebanyak 4.9 juta tong selepas telaga BP pecah.
|
Warna kuning, kawasan sebaran tumpahan minyak |
Empat bulan kemudian, dia jatuh sakit dan tidak dapat bekerja. Baru-baru ini, dia terpaksa membiayai semula rumah kerana tidak dapat membayar cukai.
|
Hidupan yang lebur dengan minyak tumpahan dari Deepwater Horizon |
“Saya sudah lama sakit dan tidak dapat pulih,” katanya ketika menerangkan masalah ingatan dan sakit kerongkong yang dialaminya lebih setahun lalu.
|
Warna merah adalah minyak yang terapung di Teluk Mexico |
Selain hilang ingatan dan darah tinggi tidak menentu, masalah mata, pernafasan, loya dan ketegangan diri adalah antara yang dialami pekerja yang menangani tumpahan minyak Prestige di Sepanyol pada 2002 dan tumpahan Exxon Valdez di Alaska pada 1989.
|
Cubaan menyelamatkan hisupan yang terkena minyak |
Diminta memberi ulasan perkara itu, BP menghantar e-mel yang menyatakan ‘perlindungan kepada pekerja bantuan adalah diutamakan’ dan ia sudah menjalankan pemantauan seluas mungkin dengan agensi kerajaan bagi membantu mereka.
|
Panyai yang dicemari minyak dari Deepwater Horizon |
“Masalah kesihatan dan kecederaan dicatat ketika memberi bantuan dan data perubatan menunjukkan keadaan mereka tidak banyak beza daripada keadaan biasa.”
|
Asap hitam terhasil dari kebakaran deepwater Horizon |
Menurut data Institut Kebangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 52,000 pekerja terbabit dalam menangani masalah tumpahan minyak di Teluk Mexico pada Ogos 2010.
|
Selepas letupan |
Negeri Louisiana pula melaporkan 415 kes masalah kesihatan yang ada kaitan dengan tumpahan itu termasuk sakit tekak, pening kapala dan loya.
No comments:
Post a Comment