Sunday, April 24, 2011

Penyakit misteri kesan tumpahan :Penduduk sekitar Teluk Mexico hilang ingatan, tekanan darah tak stabil

RACELAND (Louisiana): Berpuluh-puluh pendu­­duk sekitar Teluk Me­­­xi­­­co yang dilanda tumpahan minyak selepas letupan menenggelamkan pelantar Deep­­­water Horizon, kena penyakit misteri termasuk hilang ingatan dan tekanan darah yang sekejap tinggi dan sekejap rendah. “Apa yang unik mengenai pesakit ialah mereka hilang ingatan.
Pelantar Deepwater Horizon
Mereka juga mengalami tekanan darah yang kadang kala rendah dan tinggi sebelum kembali normal. “Selain itu, tahap gula dalam darah juga tinggi rendah. Ada juga yang meng­alami masalah paru-paru dan usus serius,” ka­­ta doktor, Mike Robichaux kepada Cable News Network (CNN).
Pancutan minyak yang bocor dari pelantar Deepwater Horizon

Pendedahan itu dibuat em­­­pat hari selepas seorang penyelidik, Michelle Jones, menyiarkan laporannya me­­­ngenai penyakit misteri itu dengan menerangkan tiga kes membabitkan penduduk tempatan dan bekas pekerja BP yang jatuh sakit kerana tumpahan minyak itu.
Letupan dan Kebakaran Deepwater Horizon

Robichaux melaporkan, dia me­­­­­­rawat sekurang-kurangnya 60 pesakit dan mungkin ada ra­­­­­­­mai­­­ lagi yang mengalaminya.
Cubaan memadamkan kebakaran Deepwater Horizon

Sebuah laman web aktivis alam sekitar mengecam sikap media Amerika yang memilih untuk tidak mela­porkan masalah yang menimpa penduduk dekat Teluk Mexico.
Sibur-sibur yang terkena sisa tumpahan minyak

Seorang penduduk, Andy LaBoeuf, 51, berkata dia dibayar AS$1,500 (RM4,500) sehari untuk mengaut minyak dari da­­­sar laut, dianggarkan se­­banyak 4.9 juta tong selepas telaga BP pecah.
Warna kuning, kawasan sebaran tumpahan minyak

Empat bulan kemudian, dia jatuh sakit dan tidak dapat bekerja. Baru-baru ini, dia terpaksa membiayai semula ru­­mah kerana tidak dapat membayar cukai.
Hidupan yang lebur dengan minyak tumpahan dari Deepwater Horizon

“Saya sudah lama sakit dan tidak dapat pulih,” ka­­­tanya ke­­­­ti­­­ka menerangkan masalah ingatan dan sakit kerongkong yang dialaminya lebih setahun lalu.
Warna merah adalah minyak yang terapung di Teluk Mexico

Selain hilang ingatan dan darah tinggi tidak menentu, ma­­­­­­sa­­­lah mata, pernafasan, lo­­­­­ya dan ketegangan diri adalah antara yang dialami pe­­­kerja yang menangani tumpahan minyak Prestige di Sepanyol pada 2002 dan tumpahan Exxon Valdez di Alaska pada 1989.
Cubaan menyelamatkan hisupan yang terkena minyak

Diminta memberi ulasan perkara itu, BP menghantar e-mel yang menyatakan ‘perlindungan kepada pekerja bantuan adalah diutamakan’ dan ia sudah menjalankan pemantauan seluas mungkin dengan agensi kerajaan bagi membantu mereka.
Panyai yang dicemari minyak dari Deepwater Horizon

“Masalah kesihatan dan ke­­­cederaan dicatat ketika memberi bantuan dan data perubatan menunjukkan kea­­­­­­daan mereka tidak banyak beza daripada keadaan biasa.”
Asap hitam terhasil dari kebakaran deepwater Horizon

Menurut data Institut Ke­­­­bangsaan bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 52,000 pekerja terbabit dalam menangani masalah tumpahan minyak di Teluk Mexico pada Ogos 2010.

Selepas letupan
 Negeri Louisiana pula mela­­porkan 415 kes masalah kesihatan yang ada kaitan dengan tumpahan itu termasuk sakit tekak, pening kapala dan loya.

No comments:

Post a Comment