Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, February 25, 2011

SMK Sea Park : Projek hamper CNY 2011.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sekolah Menengah Taman SEA (SMK Sea Park) menganjurkan Projek Hamper sempena sambutan Tahun Baru China.

Gambar Fail : Projek hamper 2010
Tahun ini projek tersebut diadakan sekali lagi, dan seperti biasa semua pelajar sekolah tersebut mengembeling usaha untuk menyediakan hamper bagi dihadiahkan kepada rumah-rumah kebajikan di Lembah Kelang.

Tempoh pengumpualn biasanya antara 3-4 minggu dan satu tarikh akan dipilih untuk mengadakan majlis penyerahan hamper tersebut.

Gambar Fail : Hamper 2010
Tahun ini, 25hb Februari 2011 (Jumaat) telah dipilih tarikh bagi menyampaikan hamper tersebut. PDK Selayang telah dipilih sekali lagi untuk menerima sumbangan hamper tersebut buat kali yang ke 8 sejak projek tersebut diadakan.

PDK Selayang telah menghantar Puan Jamaliah Ahmad iaitu Pembantu Penyelia PDK bagi pehak PDK Selayang untuk menerima hamper-hamper tersebut bersama-sama dengan Puan Zuriah Jabar dan beberapa Pelatih Remaja PDK iaitu Pelatih Ahmad Safwan Shukor, Ariff Ali, Hamzah Ahmad Kamal dan Beh Hong Wei.

PDK Selayang telah menerima sebanyak 14 hamper hasil sumbangan dari:
  1. Hamper 170-Jawatankuasa Projek.
  2. Hamper 178-Jawatankuasa Projek.
  3. Hamper 193-Jawatankuasa Projek.
  4. Hamper 293-Kelas 1 Jasmin.
  5. Hamper 304-Persatuan Kemahiran Hidup.
  6. Hamper 349-Kelas 3 Angsana.
  7. Hamper 393-Kelas 5 Kemboja.
  8. Hamper 410-Kelas 4 BR.
  9. Hamper 418-Kelas 3 mawar.
  10. Hamper 440-Kelas 3D.
  11. Hamper 459-Kelas 1 Jasmin.
  12. Hamper 460-Kelas 2 Kemboja.
  13. Hamper 517-Kelas 5 BR, dan
  14. Hamper 561-Kadet Bomba.
Menurut Pengetua SMK Sea Park, sumbangan tahun ini amat memberangsangkan dan juga merupaka rekod baru dengan lebih dari 600 hamper telah berjaya dikumpulkan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

PDK Selayang serta warganya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Warga SMK Sea Park berkongsi kegembiraan mereka bersama-sama dengan Pelatih OKU di PDK ini. Usaha murni ini perlu berterusan dalam memberi peluang dua hala kepada yang bersama-sama menyumbangkan usaha dan hamper untuk dinikmati dan dikongsi oleh mereka yang memerlukan.

No comments: