Kursus dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam melatih Petugas-Petugas PDK di Malaysia. Seramai 6 orang Penceramah, Fasilitator dan Pakar Pemulihan didatangkan dari Kuala Lumpur untuk mempastikan peserta kursus khususnya Petugas PDK yang baru memahami kerja-kerja dan tugas-tugas mereka di PDK.
Mereka ialah:
- Puan Nor Yasmin Abdul Karim-Moderator.
- Hajjah Fauziah Tahar-Pendidikan Khas
- Encik Mohd Yusof Tawil-Pendidikan Khas
- Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin-Jurupulih Pertuturan
- Puan Noraini Mahmood-Jurupulih Anggota
- Encik Mohd Shahril Ahmad-Jurupulih Carakerja.
3 orang Jurulatih Utama (JU) dari Negeri Sarawak juga turut dipanggil untuk membantu perjalanan kursus sekaligus mempelajari teknik-teknik penyampaian dan kursus dijalankan.
Mereka ialah:
- Puan Siti Hajar Derahman.
- Puan Annie Judin
- Cik Wendy Mandau.
Sebanyak 21 Modul latihan disediakan yang merangkumi Ceramah, Gerak Kerja, Amali, Energizer dan Pembuatan Alat Bantu Mengajar (ABM).
Seramai 87 orang peserta kursus termasuk 7 orang Pegawai Penyelaras PDK Daerah telah menghadiri kursus selama 5 hari tersebut.
No comments:
Post a Comment