Ashley Cole |
Akhbar Daily Mail melaporkan pemain bola berusia 30 tahun itu tidak sengaja menembak Tom Cowan, 21, yang hanya berada 1.5 meter darinya ketika cuba bermain dengan senjata berkuasa tinggi .22 itu di pusat latihan kelab itu. Laporan itu memberitahu mangsa cedera dan diberikan rawatan perubatan dengan segera tetapi dua hari selepas itu kecederaannya masih belum sembuh dan beliau kemudian dirawat semula. Sumber memberitahu akhbar itu. “Tidak dapat dibayangkan bagaimana pemain bola Liga Perdana membawa senapang ke padang latihan. Tetapi Cole mengambil senapang itu daripada kotak dan mula bermain dengannya di bilik persalinan.
“Cole tidak tahu senjata itu berisi peluru dan ia adalah memalukan”.
Kejadian itu dipercayai berlaku pagi Ahad lalu apabila pemain bergaji AS$110,00 (RM335,884) seminggu itu tiba di pusat latihan Chelsea Cobham di Surrey membawa senjata lengkap dengan muncung dan teropong malam.
Senapang udara .22 adalah senjata berkuasa dan boleh dimiliki di United Kingdom tanpa lesen dan jika disalah guna boleh membunuh.
read more @ berita harian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarcederaColetaksengajalepastembakan/Article
No comments:
Post a Comment