Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, kerajaan menyedari cabaran menjayakan projek itu antaranya menyediakan kemudahan untuk orang ramai menggunakan pengangkutan awam yang disediakan termasuk membina lebih banyak stesen ‘park and ride’ yang membolehkan pengguna meletak kenderaan sebelum menaiki MRT.
Laluan MRT |
Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak projek itu kemungkinan akan menimbulkan kesesakan teruk bagi perjalanan meletak kenderaan di stesen disediakan sebelum pengguna menggunakan kemudahan pengangkutan awam berkenaan.
“Kami mengambil berat mengenai kekurangan yang wujud pada penyediaan kemudahan awam ketika ini dan ia akan dijadikan panduan kepada SPAD untuk membangunkan MRT dan laluan tren lebih cekap.
Canggih! Stesyen yang akan dibina |
“Adalah penting untuk memastikan sistem itu berterusan, mudah dan menjimatkan kos supaya semua pihak mendapat faedah daripadanya,” katanya ketika sidang media pada Hari Terbuka MRT Lembah Klang di Pusat Konvensyen Mid Valley, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd, Shahril Mokhtar.
Hari Terbuka MRT Lembah Klang selama sehari itu akan menjadi pembuka tirai kepada pameran mengenai laluan Sungai Buloh-Kajang dan diikuti pameran di tujuh lokasi selama tiga bulan yang berakhir pada 14 Mei.
Kos Pembangunan |
Melalui pameran itu, orang ramai dipelawa meneliti pelan dan butiran terperinci mengenai projek MRT dan memberi maklum balas mengenai projek itu kepada SPAD dengan menghantarnya melalui melalui e-mel ke alamat feedback@kvmrt.com pada atau sebelum 14 Mei.
read more @ metro:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ProjekMRTmulaJulaiini/Article/index_html
1 comment:
hehehe....bagus. bagus....menuju ke arah negara maju
Post a Comment