Aktiviti Jelajah Pantai |
Selepas sesi 'Rollcall' pagi pada jam 7:00 pagi, diadakan sesi senaman ringan dan diakhiri dengan senamrobik pada jam 7:30pagi.
Antara Hidupan yang dijumpai |
Selepas itu mereka menuju keluar dari Palma Beach Resort untuk mencari gerai/kedai makan untuk bersarapan pagi.
Gamat atau Timun Laut |
Semua nak cuba sentuh, tetapi bagi yang penggeli pasti terlompat- lompat kegelian, tetapi tidak bagi mereka. |
Selepas itu mereka balik ke resort untuk persediaan ke acara yang mencabar iaitu acara 'Jelajah Pantai', iaitu mereka akan berjalan disepanjang pantai yang panjangnya hampir 3 batu (hampir 5 km), ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pantai dan mengetahui apa-apa hidupan dan tumbuhan yang boleh ditemui di sepanjang pantai tersebut. Ini bermakna pergi dan balik mereka telah berjalan hampir 10 km dalam masa 4 jam.
Mengumpul cengkerang siput untuk dibawa balik ke PDK. |
Selepas makan tengahari, aktiviti Khidmat Masyarakat pula mengambil tempat yang mana mereka perlu bergotong-royong memungut sampah sarap tinggalan pengunjung (sampah sarap buatan manusia) dan mengumpulkannya dalam plastik sampah.
Aktiviti selama 2 jam yang bermula jam 3 petang itu berjaya memungut sebanyak 8 beg plastik besar sampah.
Makan tengahari, mereka perlu bayar sendiri harga makanan. |
Minum petang |
p/s: (Pantai tersebut agak terurus kerana beberpa hotel dan resort di sepanjang pantai tersebut bekerjasama dengan membuat pembersihan pantai setiap minggu, oleh itu jumlah sampah yang dipungut agak kurang-satu usaha yang baik untuk diadaptasi oleh lain-lain pengusaha hotel dan resort di Malaysia dalam menangani pencemaran pantai oleh sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik).
No comments:
Post a Comment