Sedikit latar belakang Kumpulan Jebco (M) SB, telah beroperasi di Malaysia lebih dari 30 tahun bermula di Batu 5, Jalan Ipoh kemudian berpindah ke Kepong dan telah berpindah ke tempat sekarang dari 20 tahun.
Bersama Ms Teruko Morita (berbaju merah jambu), seorang kakitangan Jebco, En Masami Kojima (berkemeja biru) Ms Terumi Shikata (berbaju kelabu sebelah En Kojima) di dalam kawasan production
Pada masa ini terdapat seramai 5 orang pekerja OKU di Jebco dan ada antaranya telah bekerja hampir 21 tahun di situ. Pada tahun 90-an Jebco ingin menambah pekerja OKUnya tetapi oleh kerana keadaan ekonomi pada masa tersebut mereka tidak dapat berbuat demikian.
Bersama En Abdul Manap Yahya
Selepas berbincang selama hampir 2 jam setengah dan melawat OKU fizikal yang bekerja disitu, (mereka memperolehi pendapatan antara RM800.00-RM1,200.00 dan juga EPC) beberapa resolusi telah dicapai, iaitu mereka mempunyai 3 cara/pilihan untuk memberi peluang OKU bekerja atau mendapat pekerjaan:
Salah seorang OKU
1. Mengambil OKU terus bekerja di Jebco, dengan kemungkinan untuk menyediakan asrama dan pengangkutan dari asrama ke tempat kerja. (Direct Employment)
En s Saidi (OKU)
2. Mengambil upah di atas kerja-kerja yang dibuat (gaji diperolehi melalui pieces rated) dengan kemungkinan juga disediakan asrama dan pengangkutan. (Internal Sub-con)
(OKU)
3. PDK menyediakan tempat bekerja untuk OKU dalam setting mereka sendiri (sheltered-workshop) yang mana Jebco akan menghantar bahan kerja dan jurulatih kerja untuk melatih OKU bekerja di sheltered workshop, sementara PDK menyediakan supervisor kerja. Gaji OKU juga diperolehi dari sistem pieces-rated. (Out-sources Sub-con).
OKU (sedang bekerja) dan wakil/Job Coach dari Beautiful Gate (berkerusi roda)
Pekerjaan yang akan dilakukan oleh OKU nanti adalah Trimming dan QC Inspection (IQ Normal).
Untuk mempercepatkan proses ini berlaku Jebco akan mengadakan lawatan ke PDK Selayang pada 29hb April (Khamis) jam 10:00 pagi untuk meninjau dan memahami perkhidmatan yang disediakan oleh PDK Selayang kepada OKU.
Mesyuarat kedua antara kedua-dua pehak mungkin akan diadakan pada minggu kedua Mei 2010 nanti. PDK Selayang bercadang untuk membawa bersama Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak dan Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Daerah Gombak ke mesyuarat tersebut untuk pengetahuan mereka dan juga tentang skim untuk majikan yang disediakan bagi menggajikan OKU.
Kepada OKU yang ingin mencari peluang pekerjaan atau ingin bekerja dengan Kumpulan Jebco (M) Sdn Bhd, mereka boleh dihubungi melalui
KUMPULAN JEBCO (M) SDN BHD
Lot 1569, Jln Kusta,
Kawasan Perindustrian Kg Jaya,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Phone(s) : +603 - 6157 8282
Fax : +603 - 6157 0702
Email:custservice@jebco.com.my
No comments:
Post a Comment