Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, April 6, 2010

EIP Classes in Action Selasa 6hb April 2006

Kelas Harian EIP sedang dijalankan pada hari ini 6hb April 2010 (Selasa):


Latihan One-to-One oleh Petugas PDK: Puan Siti Khalimah Jamil.
Sedang menjalankan Aktiviti Sensori Motor kepada pelatih Nor Aishah.


Latihan One-to-One oleh Pembantu PDK: Cik Norbaini Adnan.
Sedang menjalankan Aktiviti Kehidupan Harian kepada Pelatih Nurul Syazwani.


Latihan One-to-One oleh Pembantu PDK: Azharul Azri Ruslan.
Sedang menjalankan Latihan Sensori Motor kepada Pelatih Mohd Asyraf.


Latihan One-to-One oleh Pelajar Praktikal KSKB:
Sedang menjalankan Latihan Tindakbalas Aktif kepada Pelatih Mohd Izzudin.


Latihan One-to-One oleh Petugas PDK: Mohd Shah Rizal Mah@Man
Sedang menjalankan Latihan Koordinasi Mata-Tangan kepada Pelatih Wan Nasrul Izhar.


Latihan One to-One oleh Petugas PDK: Puan Azizah Mohd Yunos.
Sedang menjalankan Latihan Beading kepada Pelatih Mohd Asri.


Latihan Ono-to-One oleh Pelajar Praktikal KSKB:
Sedang mnejalankan Latihan Pilih dan Buat kepada Pelatih Kuben.


Kelas EIP I kendalian Pembantu Penyelia I PDK: Puan Jamaliah Ahmad
Beliau dibantu oleh Pelajar Praktikal KSKB:


Kelas EIP II dibawah kendalian Penyelia PDK: Puan Noraini Othman
Dibantu oleh Petugas PDK: Puan Siti Hajar Abdul Ghani


Time Out untuk dua Pelatih yang tidak/gagal ikut arahan:
Boleh anda kenalpasti dimana kedua-duanya di dalam kedua-dua gambar di bawah ini.



No comments: