Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, April 6, 2010

Pelajar Practicum dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buluh.

Seramai 5 orang pelajar Diploma Pemulihan Perubatan Carakerja Kumpulan 23 Tahun 3 Semester II dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh telah hadir untuk melakukan Latihan Klinikal di PDK Selayang. mereka akan menjalani latihan dari 5-30hb April 2010.

Di PDK Selayang mereka akan dilatih oleh Puan Nor Azila Saari iaitu Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja PDK Selayang dan akan dipantau oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang.

Mereka juga akan dibawa oleh Puan Siti Nor Azila ke PDK Rawang, PDK Seri Gombak dan PDK Hulu Kelang semasa beliau melakukan Program Pemulihan Carakerja di PDK-PDK berkenaan.

Pelajar-pelajar tersebut adalah:
2007-6337 Siti Nur Aishah Mehat; 2007-6279 Ainun Jariah Mokhtar; 2007-6318 Nur Ain Musa; 2007-6291 Izzaty Syaheerah Rusli dan 2007-6288 faten Farhana Pakhruddin.

Semasa hari pertama pereka di sini, mereka telah diberi penerangan oleh Puan Noraini Othman dan Puan Siti Nor Azila mengenai PDK Selayang, program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga tugas-tugas mereka semasa menjalani latihan klinikal di sini.

Kehadiran mereka kan direkodkan dengan menggunakan kad perakam waktu sama sepertimana Kakitangan PDK dan Pelatih PDK lakukan setiap hari.

Pada 6hb April (Selasa) Puan Siti Nor Azila telah membawa seramai 2 orang pelajar ini ke PDK Seri Gombak untuk mengikuti program Pemulihan Carakerja di sana. sementara tiga dari mereka melakukan latihan dalam Kelas EIP dengan pelatih-pelatih PDK Selayang.

No comments: