RENUNGAN DIHUJUNG MINGGU
MARI MENGHADAPI RINTANGAN
Pada zaman dahulu terdapat seorang pemerintah yang arif dan bijaksana dengan rakyat yang
hidup sejahtera dan bahagia. Suatu hari Raja ingin menguji keperihatinan rakyatnya sesama
mereka.
Di sebatang jalan yang sibuk, Raja memerintahkan pembantunya untuk meletakkan batu besar
betul-betul di tengah jalan untuk menghalang laluan jalan tersebut. Raja dan pembantunya
bersembunyi untuk melihat apakah akan ada antara rakyatnya yang akan berusaha
memindahkan batu besar yang menjadi penghalang dijalan berkenaan.
Beberapa pedagang kaya dan tamu-tamu istana yang melintas hanya melewati batu tersebut
tanpa berusaha mengalihkannya.
Bahkan ramai antara mereka yang mengumpat dan menyalahkan Raja kerana tidak berbuat
apa-apa untuk menjaga jalan tersebut supaya lapang dan selesa untuk dilalui.
Hampir seharian, tiba-tiba kelihatan seorang petani datang memikul sayuran. Apabila
mendekati batu tersebut, petani tersebut meletakkan bebanannya dan mencuba berusaha
memindahkan batu tersebut ke tepi jalan.
Agak lama juga dia berusaha memindahkan dengan segenap kekuatannya,
akhirnya dia berjaya memindahkan batu besar tersebut ke tepi jalan.
Ketika petani itu mengambil sayurannya dan ingin meneruskan perjalanannya, dia terlihat
sebuah bungkusan tertanam betul-betul di tempat batu besar yang baru dialihkan tadi.
Rupanya bungkusan tersebut berisi syiling emas dan nota dari Raja yang menyatakan bahawa
emas itu hanya untuk orang yang membantu mengalihkan batu besar atas jalan tersebut.
Sikap dan keperibadian petani tersebut patut dicontohi. Dia mengetahui apa yang banyak
dari kita tidak pernah atau sukar mengerti, bahawa pada setiap rintangan selalu
mendatangkan hasil tanpa diduga.
Setiap keringat akan dibayar dalam pelbagai ‘bentuk
dan rupa’ sebagai ganjarannya.
Buat renungan sahabatku, kita harus menanam tabiat
membuat kerja lebih daripada apa yang dibayar, kerana
akhirnya kita akan dibayar lebih daripada apa yang telah
kita kerjakan!
Kreatif hadapi rintangan dan jadikan hujung minggu ini
lebih produktif dan berkualiti
No comments:
Post a Comment