Monday, December 16, 2013

Cerita Petani dan Seketul Batu

RENUNGAN DIHUJUNG MINGGU 

MARI MENGHADAPI RINTANGAN 

Pada zaman dahulu terdapat seorang pemerintah yang arif dan bijaksana dengan rakyat yang 

hidup sejahtera dan bahagia. Suatu hari Raja ingin menguji keperihatinan rakyatnya sesama 

mereka. 


Di sebatang jalan yang sibuk, Raja memerintahkan pembantunya untuk meletakkan batu besar 

betul-betul di tengah jalan untuk menghalang laluan jalan tersebut. Raja dan pembantunya 

bersembunyi untuk melihat apakah akan ada antara rakyatnya yang akan berusaha 

memindahkan batu besar yang menjadi penghalang dijalan berkenaan. 

Beberapa pedagang kaya dan tamu-tamu istana yang melintas hanya melewati batu tersebut 

tanpa berusaha mengalihkannya. 


Bahkan ramai antara mereka yang mengumpat dan menyalahkan Raja kerana tidak berbuat 

apa-apa untuk menjaga jalan tersebut supaya lapang dan selesa untuk dilalui. 

Hampir seharian, tiba-tiba kelihatan seorang petani datang memikul sayuran. Apabila 

mendekati batu tersebut, petani tersebut meletakkan bebanannya dan mencuba berusaha 

memindahkan batu tersebut ke tepi jalan. 


Agak lama juga dia berusaha memindahkan dengan segenap kekuatannya, 

akhirnya dia berjaya memindahkan batu besar tersebut ke tepi jalan. 


Ketika petani itu mengambil sayurannya dan ingin meneruskan perjalanannya, dia terlihat 

sebuah bungkusan tertanam betul-betul di tempat batu besar yang baru dialihkan tadi. 


Rupanya bungkusan tersebut berisi syiling emas dan nota dari Raja yang menyatakan bahawa 

emas itu hanya untuk orang yang membantu mengalihkan batu besar atas jalan tersebut. 

Sikap dan keperibadian petani tersebut patut dicontohi. Dia mengetahui apa yang banyak 

dari kita tidak pernah atau sukar mengerti, bahawa pada setiap rintangan selalu 

mendatangkan hasil tanpa diduga. 


Setiap keringat akan dibayar dalam pelbagai ‘bentuk 

dan rupa’ sebagai ganjarannya. 


Buat renungan sahabatku, kita harus menanam tabiat 

membuat kerja lebih daripada apa yang dibayar, kerana 

akhirnya kita akan dibayar lebih daripada apa yang telah 

kita kerjakan! 

Kreatif hadapi rintangan dan jadikan hujung minggu ini 

lebih produktif dan berkualiti

No comments:

Post a Comment