Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, October 8, 2013

Mesyuarat Panel Penilai Pelatih-Pelatih PDK Daerah Gombak Sesi 2/2013

Mesyuarat Panel Penilai Pelatih-Pelatih PDK Daerah Gombak.
Tarikh : 8hb Oktober 2013
Masa : 9:00am-1:00pm
Tempat : PDK Taman Ehsan.

Photo: Mesyuarat Panel Penilai Pelatih-Pelatih PDK Daerah Gombak.
Tarikh : 8hb Oktober 2013
Masa : 9:00am-1:00pm
Tempat : PDK Taman Ehsan.

Kehadiran : 
1) Timbalan PKMD Gombak.
2) Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak.
3) Pengerusi PDK Taman Ehsan.
4) Naib Pengerusi II PDK Selayang.

Pelatih PDK yang dinilai:
a) PDK Selayang 7 orang
b) PDK Taman Ehsan 3 orang
c) PDK Hulu Kelang 1 orang
d) PDK Batu Arang 5 orang
e) PDK Rawang 6 orang

Pegawai Pendidikan Daerah Gombak (Bahagian Pendidikan Khas) gagal (enggan+malas) hadir walaupun telah dijemput dan diberitahu dua minggu lebih awal berkenaan mesyuarat tersebut hari ini......Tiada alasan samada secara bertulis, lisan, sms diberikan.

Semua pelatih yang dinilai adalah dicadangkan dan disokong untuk memasuki Program Pendidikan Khas di:
- SRK Selayang Jaya
- SRK Taman Selayang
- SRK2 Bandar Country Homes
- SRK2 Bandar Tasik Puteri 
- SMK Melawati

Persoalannya:
1) Adakah sekolah-sekolah ini akan menerima kemasukan mereka untuk belajar melainkan mencari pelbagai alasan semasa temuduga untuk mengelakkan OKU ini dari memasuki sekolah mereka
2) Jika mereka diterima masuk, adakah mereka akan kekal belajar di sekolah tersebut dan 'tidak rejected' atas alasan yang tidak munasabah di atas kem(alasan) guru-guru Ppki (bukan semua, tetapi sebahagian besarnya dan kebanyakkannya berlaku di Daerah Gombak dan Negeri Selangor)

Kehadiran : 
1) Timbalan PKMD Gombak.
2) Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak.
3) Pengerusi PDK Taman Ehsan.
4) Naib Pengerusi II PDK Selayang.

Pelatih PDK yang dinilai:
a) PDK Selayang 7 orang
b) PDK Taman Ehsan 3 orang
c) PDK Hulu Kelang 1 orang
d) PDK Batu Arang 5 orang
e) PDK Rawang 6 orang

Pegawai Pendidikan Daerah Gombak (Bahagian Pendidikan Khas) gagal (enggan+malas) hadir walaupun telah dijemput dan diberitahu dua minggu lebih awal berkenaan mesyuarat tersebut hari ini......Tiada alasan samada secara bertulis, lisan, sms diberikan.

Semua pelatih yang dinilai adalah dicadangkan dan disokong untuk memasuki Program Pendidikan Khas di:
- SRK Selayang Jaya
- SRK Taman Selayang
- SRK2 Bandar Country Homes
- SRK2 Bandar Tasik Puteri
- SMK Melawati

Persoalannya:
1) Adakah sekolah-sekolah ini akan menerima kemasukan mereka untuk belajar melainkan mencari pelbagai alasan semasa temuduga untuk mengelakkan OKU ini dari memasuki sekolah mereka
2) Jika mereka diterima masuk, adakah mereka akan kekal belajar di sekolah tersebut dan 'tidak rejected' atas alasan yang tidak munasabah di atas kem(alasan) guru-guru Ppki (bukan semua, tetapi sebahagian besarnya dan kebanyakkannya berlaku di Daerah Gombak dan Negeri Selangor)




No comments: