p/s 1 : Kalau orang Arab bolehlah dipercayai dalam nisbah 85:15; tapi kalau awang hitam tuh! cuma 97:3 jeh
SERDANG - Sikap peramah dan ringan tulang rakyat Malaysia untuk membantu membuatkan banyak rakyat dari benua Asia Barat jatuh cinta dengan negara ini.
Malah, ramai di kalangan warga luar terutama dari negara-negara Arab bersahabat baik dengan penduduk tempatan kerana sikap saling memahami selain daripada rasa hormat yang mendalam mereka terhadap rakyat negara ini.
Seorang pelajar dari Yemen, Dhaif Allah Musaeed Dhaif Allah, 22, berkata, kewujudan pelbagai peluang pekerjaan dan pelajaran turut menarik minat mereka lantas memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.
Justeru, katanya, tidak hairan kenapa jumlah warga Arab semakin masa semakin bertambah dari tahun ke tahun.
"Kami bukan mahu menimbulkan masalah di negara ini tetapi hanya mahu berkawan dengan semua orang. Ia terbukti kerana majoriti warga Arab yang tinggal di sini mampu hidup bersama penduduk tempatan.
"Saya berharap orang ramai tidak berpandangan serong terhadap kami kerana kami hanya mahu menjalani kehidupan yang tenang bersama semua orang," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Akhbar ini sebelum ini melaporkan mengenai kebanjiran warga Arab di kawasan sekitar Plaza South City berhampiran Persiaran Serdang Perdana di sini.
Bukan hanya penempatan seperti kondominium sahaja dikuasai oleh mereka malah premis perniagaan termasuk restoran dan beberapa premis lain turut dikuasai warga asing dari Asia Barat itu.
No comments:
Post a Comment