Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, December 31, 2011

PDK Selayang : Bengkel Penggunaan dan Cara-Cara Penjagaan Kerusi Roda 2011

PDK Selayang dengan kerjasama dari ALEPS (Alumni Look East Policy Society) dan CBR Network Malaysia telah menganjurkan "Bengkel Penggunaan dan Cara-Cara Penjagaan Kerusi Roda 2011" pada 30hb Disember, mulai jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari bertempat di perkarangan PDK Selayang.
Perasmian Bengkelleh Presiden ALEPS, Encik Syed Putera Syed Mokhtar

Bengkel tersebut disertai oleh seramai 37 peserta yang terdiri dari Penyelia-Penyelia PDK, Petugas-Petugas PDK, ibubapa/penjaga kepada OKU yang menggunakan kerusi roda dan OKU berkerusi roda.

Encik Syed Putera Syed Mokhtar

Bengkel tersebut bertujuan  untuk mendedahkan kepada penerima peserta-peserta bengkel mengenai cara-cara:

  1. Memilih kerusi roda yang sesuai untuk OKU.
  2. Menggunakan dengan cara yang betul (turun/naik/transfer).
  3. Penjagaan dan penyelenggaraan kerusi roda.
Bengkel tersebut ditaja oleh ALEPS, sementara CBR Network Malaysia menghantar 2 orang Jurupulih Carakerja untuk menjalankan ceramah dan praktikal untuk bengkel tersebut.
Jurupulih Carakerja dari CBR Network Malaysia, Encik Razlan Jamlan sedang
menyampaikan ceramahnya

Encik Razlan Jamlan dan Cik Nooraziahwati Razelan sedang menunjukan
cara-cara 'transfer' OKU dari kerusi roda ke kerusi biasa dan sebaliknya
Peserta-peserta yang sedang tekun mendengar dan menyaksikan proses 'transfer'

Manakala PDK Selayang bertindak selaku tuanrumah yang menyediakan fasiliti untuk bengkel tersebut.

No comments: