Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, November 3, 2011

Kerajaan telah menanggung sebanyak RM12.2 bilion memberi subsidi kesihatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menanggung sebanyak RM12.2 bilion memberi penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan kepada penduduk di negara ini dari Januari hingga September tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah itu merupakan 98 peratus daripada kesuluruhan perbelanjaan kementerian dalam tempoh tersebut yang sebanyak RM12.44 bilion.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang meminta Liow menyatakan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan dalam memberi rawatan dan ubat percuma kepada rakyat sejak tahun lepas hingga tahun ini, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Liow berkata pada tahun 2010, kerajaan telah membelanjakan RM14.45 bilion atau 98 peratus daripada RM14.76 bilion peruntukan tahun itu untuk kemudahan perubatan dan kesihatan.
Katanya pendapatan yang dikutip oleh kementerian pada 2010 ialah RM311.2 juta dan sehingga September tahun ini, sebanyak RM238.5 juta.

Selain itu, Liow berkata sehingga September tahun ini kerajaan juga memberikan bantuan lebih RM58 juta kepada pesakit yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara dan Pusat Hemodialisis swasta melalui Tabung Bantuan Perubatan.

Pada tahun lepas sebanyak RM57 juta diberikan melalui tabung itu.

Mengenai pelaksanaan bil terperinci, katanya sistem yang digunakan oleh sembilan hospital sejak ia dilaksanakan Jun lepas, akan diperluaskan ke semua hospital kerajaan tahun depan.

Katanya, melalui bil yang menunjukkan kos sebenar sesuatu rawatan itu, rakyat akan lebih memahami jumlah subsidi yang telah ditanggung kerajaan dalam setiap rawatan

No comments: