SEPANDUK kontroversi yang ditonjolkan oleh seorang penonton semasa satu perlawanan bola sepak di sebuah stadium di Gold Coast, Australia. |
Sepanduk tersebut dikibarkan seorang penyokong pasukan bola sepak tempatan, Cats semasa satu perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung dari sebuah stadium di sini semalam.
"Paul Chapman saya rela anda meniduri isteri saya," kata tulisan pada sepanduk tersebut.
Chapman ialah bintang bola sepak yang bermain untuk pasukan Cats.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya pertubuhan bukan kerajaan yang menganggap perbuatan lelaki itu telah menjatuhkan maruah wanita.
Ten Network dalam penjelasannya menyatakan, insiden tersebut tidak disengajakan dan memberi jaminan bahawa ia tidak akan berulang pada masa hadapan.
p/s : kompom si suami dayus, cehhhhhhhhh!
No comments:
Post a Comment