MAKEM; memang tidak asing bagi ramai Penyelia PDK dan Petugas PDK, ianya laksana sebuah kolej oleh mereka bagi menimba ilmu untuk menjalankan rancangan, program dan aktiviti di PDK masing-masing. Ada juga antara peserta yang datang dari NGO, Institusi dan Jabatan Kerajaan.
|
Pelatih OKU dari PDK Selayang |
Salah satu kursus yang dijalankan oleh MAKPEM memerlukan beberapa OKU sebenar untuk dijadikan sebagai salah satu subjek dalam latihan atau kursus mereka. Peserta-peserta kursus akan didedahkan kepada OKU sebenar dalam sesi Kajian Kes yang mana mereka perlu mendapat seberapa banyak maklumat berkenaan OKU dan kemudian membuat Pelan Pembelajaran (Lesson Plan) dan Rancangan Pembelajaran Individu (Individual Education Plan).
|
Pelatih OKU dari PDK Selayang |
Oleh itu MAKPEM telah meminta jasa baik PDK Selayang di dalam menyediakan OKU bagi tujuan tersebut dan jalinan kerjasama ini telah dijalankan sejak tahun 2001 lagi. Setiap tahun PDK Selayang akan diminta menyediakan sehingga 3 kali OKU setahun untuk setiap kursus berkenaan.
|
Pelatih OKU dari PDK Hulu Kelang |
Setiap kursus PDK Selayang akan menyediakan 4-6 orang OKU sehari untuk selama 3 hari berturut-turut untuk sesi pemulihan iaitu Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja.
|
Pelatih OKU dari PDK Hulu Kelang |
Bagi sesi kursus kali ini yang diadakan dari 28hb Februari hingga 4hb Mac 2011, PDK Selayang seperti biasa diminta untuk menyediakan Pelatih OKU untuk sesi Kajian Kes Pemulihan Anggota pada 1hb Mac (Selasa), Pemulihan Pertuturan pada 2hb Mac (Rabu) dan Pemulihan Carakerja pada 3hb Mac 2011 (Rabu).
|
Pelatih OKU dari PDK Hulu Kelang |
Kali ini PDK Selayang telah memberi peluang kepada PDK Hulu Kelang untuk bersama-sama membawa pelatih OKU masing-masing ke MAKPEM.
No comments:
Post a Comment