DATARAN Merdeka di Kuala Lumpur semakin hilang seri kerana rumputnya yang rosak dan dipenuhi tompokan tanah ekoran terlalu banyak aktiviti dianjurkan di situ. |
Pemandangan yang menyakitkan mata itu sedikit sebanyak memberi gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke kawasan berkenaan.
Tinjauan wartawan Kosmo! semalam selepas menerima aduan daripada orang ramai mendapati kekerapan Dataran Merdeka dijadikan lokasi majlis melibatkan orang ramai adalah antara punca kerosakan rumput di situ.
Lebih teruk, pada hari minggu dan cuti umum kawasan itu menjadi tumpuan pengunjung, khususnya warga asing, yang kerap meninggalkan lambakan sampah-sarap.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
No comments:
Post a Comment