Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, March 6, 2011

Jawatankuasa PDK : Tugas & Tanggungjawab \ Timbalan atau Naib Pengerusi

Memegang Jawatan dalam pelbagai entiti memang menjadi kebanggaan sesetengah orang, tak kiralah apa entiti pun termasuk PDK. Ramai antara mereka berbangga apabila dipilih atau memilih diri untuk menjadi Ahli Jawatankuasa PDK.

Tetapi kita perlu ingat, setiap jawatan yang dipegang adalah amanah dan mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri, lagi tinggi jawatan lagi banyak dan besar tanggungjawab. Secara sedar atau tidak setiap perkara yang kita lakukan mesti mempunyai peraturan dan syaratnya, syarat yang paling utama ialah TANGGUNGJAWAB.

Jika seseorang itu dilantik/diamanahkan memegang sesuatu jawatan dalam PDK, contohnya; mereka haruslah menunaikan atau melakukan tanggungjawab/amanah yang ditugaskan apabila menerima jawatan tersebut, jika tidak melakukan tanggungjawab tersebut maka gelaran yang paling sesuai ialah 'JAWATANKUASA TAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TAK BERAMANAH'.

Di sini dicatatkan amanah dan tanggungjawab aka tugas sebagai Timbalan atau Naib Pengerusi PDK, seperti yang terdapat dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada tahun 2003:
  1. Memangku Jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya (bercuti panjang, menunaikan haji/umrah, dirawat di hospital dalam tempoh yang panjang), termasuk mempengerusikan mesyuarat. Ramai yang tidak faham apakah yang dimaksudkan MEMANGKU. Memangku dalam perkataan lain ialah memikul tanggungjawab yang sama dengan penegang jawatan tersebut, iaitu menjalankan tanggungjawab sama banyak dan sama berat mengikut amanah dan tanggungjawab jawatan tersebut. "MEMANGKU BUKANLAH MAKNANYA DUDUK DIAM". Memangku Jawatan Pengerusi maknanya yang sebenar ialah MENJALANKAN TUGAS SEPERTI PENGERUSI.
  2. Membantu Pengerusi dalam menjalankan PDK.
  3. Menjadi Pengerusi Biro atau Pengerusi Jawatankuasa Kecil.
  4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

No comments: