Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, March 26, 2011

75 maut gempa bumi di Myanmar


SEBATANG jalan raya terbelah dua akibat gegaran gempa bumi
yang berlaku di bandar Tarlay, Myanmar kelmarin.
YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.

Kawasan yang dilanda gempa

Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.

Imej kemusnahan akibat gempa
Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.

"Kami sedang berusaha untuk pergi ke tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan mangsa.

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sebuah rumah ranap
akibat gegaran gempa bumi di bandar Tachilek, Myanmar kelmarin.
 "Anggota-anggota tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mencari mangsa yang cedera di kawasan yang terjejas tetapi terdapat beberapa jalan darat yang terputus hubungan," kata seorang pegawai Myanmar.

Beberapa rumah yang musnah
 Pengarah World Vision Myanmar yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan, Chris Herink berkata, kumpulannya telah mengenal pasti dua buah bandar yang teruk terjejas iaitu Tarley dan Mong Lin.

Katanya, pemerintah Myanmar berusaha untuk memberi informasi kepada rakyat dengan memberikan angka terkini kematian dan kerosakan yang berlaku.

Gempa bumi yang melanda Myanmar itu berlaku selepas kejadian gempa dan tsunami di Jepun.

Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh. - Agensi

No comments: