p/s: Harap Affin Islamic Bank Berhad akan bantu bina bangunan PDK pula selepas ini, lebih-lebih lagi kepada PDK yang mempunyai tanah sendiri.
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu syarikat swasta menggunakan pendekatan yang kreatif, berdaya tahan dan mapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka yang menjanjikan masa depan lebih baik kepada penerimanya.
Perdana Menteri berkata, saranan itu dibuat berikutan pendekatan di mana sektor swasta hanya menyumbang wang ringgit dalam melaksanakan CSR tidak menepati hasrat kerajaan secara menyeluruh untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Kita mesti mencari pendekatan supaya orang yang menerima sumbangan itu (bukan hanya) mendapat faedah, lonjakan pendapatan malah mendapat masa hadapan yang lebih baik," katanya semasa merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis di sini hari ini. Beliau berkata, walaupun penekanan konsep nilai tambah dalam pentadbiran diberi perhatian, beliau juga mahu supaya aspek kreatif diberi penekanan dalam semua hal.
"Ia supaya kita sentiasa mencabar diri kita untuk melihat apakah ada cara baru untuk memberi hasil yang lebih baik berbanding sebelumnya," katanya.
Beliau berkata, ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi membela golongan miskin dan usaha ini tidak akan terhenti sehingga setiap rakyat Malaysia bebas daripada miskin tegar.
"Kita tak perlukan slogan retorik tapi mesti buktikan bahawa kita mampu bantu orang miskin dan komited dengan perjuangan membela mereka," katanya.
Najib yang membuahkan idea dan fikiran projek komuniti ini sejak tahun lalu, juga melihat projek itu sebagai mencuba sesuatu yang baru dan agak berlainan tanpa membebankan kerajaan.
Beliau berkata, projek komuniti di Bukit Kenau ini boleh menjadi satu eksperimen dan model dan sekiranya ada penyumbang projek yang baru ia boleh dilaksanakan di kawasan yang lain.
Affin Islamic Bank Berhad dan Iris Corporation Bhd bekerjasama membangunkan kawasan perumahan itu dengan 60 keluarga dalam kategori miskin tegar dipilih untuk menerima sebuah rumah bernilai RM33,000 seunit yang dilengkapi dengan perabot dan peralatan rumah termasuk bekalan air dan elektrik secara percuma.
Projek itu dibangunkan di kawasan seluas 7.1 hektar dengan kos RM7.2 juta.
Antara projek yang dilaksanakan ialah ternakan ikan keli untuk disalai, ternakan kambing dan tanaman fertigasi seperti tembikai jenis rock melon dan gold melon.
Projek itu mampu mengubah seluruh kehidupan peserta yang dipilih kerana selepas beberapa bulan mereka dijangka mampu menjana pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan hampir semua menteri Kabinet.
Najib berkata, hari ini juga menjadi sejarah kepada penduduk kampung kerana kali pertama menjadi tuan rumah kepada rombongan anggota Kabinet yang sebegitu besar. - BERNAMA
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Latar Belakang PDK Selayang
SEJARAH PENUBUHAN:
Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)
Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)
Kelas Harian EIP:
Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).
Pemulihan Pertuturan:
Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.
Pemulihan Carakerja:
Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.
Program Lawatan ke Rumah:
Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)
Pengurusan:
Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment