Operasi Piramid diteruskan walaupun keadaan di Mesir semakin pulih: Kohilan
KUALA LUMPUR: Operasi Piramid bagi membawa rakyat Malaysia di Mesir keluar daripada negara bergolak itu diteruskan, walaupun lebih 2,000 pelajar dan mereka yang bekerja di sana tidak mahu pulang kerana beranggapan krisis semakin pulih dan akan berakhir dalam masa terdekat.
Kebanyakan pelajar yang enggan pulang tinggal di kawasan zon selamat seperti di Tanta, Mansurah dan Damanhur yang jaraknya beratus-ratus kilometer dari tempat rusuhan sekitar bandar raya Kaherah dan Iskandariah. Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pelajar berkenaan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran kerana akan menghadapi peperiksaan penting tidak lama lagi serta khuatir sukar mendapat rumah sewa baru jika pulang ke tanah air dan perlu menyediakan wang mencukupi untuk kembali semula.
“Kita sudah minta mereka balik dan menyediakan segala kemudahan diperlukan termasuk membiayai kos perjalanan, tapi mereka tetap tidak mahu pulang.
Keputusan membawa pulang bukannya wajib. Jika keadaan kritikal pada tahap merah memang kita paksa mereka keluar, tetapi sekarang tahapnya sudah jatuh antara oren ke kuning, jadi kita tidak boleh paksa mereka.
"Jika mereka nak terus duduk di sana, kita benarkan dengan syarat isi borang pengesahan daripada keluarga atau diri sendiri. Pada masa sama, keadaan keselamatan mereka akan terus dipantau pegawai kita kerana pusat operasi terus dibuka sehingga pergolakan selesai,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Kohilan yang baru pulang dari Kaherah pagi semalam berkata, pemantauan sehingga semalam, mendapati keadaan di negara itu sudah mula pulih dengan aktiviti ekonomi mulai rancak beroperasi berikutan kesediaan Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur daripada kerajaan dan memberi laluan kepada barisan pentadbiran baru.
“Keadaan semakin tenang, kedai sudah mulakan perniagaan, pasar pun sudah beroperasi dan begitu juga bank yang ditutup sejak lapan hari lalu.
Bagaimanapun, sukar diramal dan keadaan mungkin kembali tegang jika rakyat tidak suka dengan kepemimpinan kerajaan baru,” katanya sambil menambah jika ia berlaku, misi bantuan menyelamat pelajar yang tidak mahu pulang akan digerakkan semula.
Katanya, sehingga semalam, kerajaan berjaya membawa keluar lebih 7,000 pelajar dan rakyat Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi...........
read more @ Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2_000takbalik/Article/
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Latar Belakang PDK Selayang
SEJARAH PENUBUHAN:
Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)
Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)
Kelas Harian EIP:
Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).
Pemulihan Pertuturan:
Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.
Pemulihan Carakerja:
Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.
Program Lawatan ke Rumah:
Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)
Pengurusan:
Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
No comments:
Post a Comment