Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, January 6, 2011

Lawatan ke PDK Temangan, Machang, Kelantan DN

Pada 5hb Januari 2011, PDK Selayang telah menghantar satu rombongan lawatan seramai 9 orang ke PDK Temangan, yang terletak di Jajahan Machang, Kelantan Darul Naim. Rombongan tersebut adalah terdiri dari:

  1. Naib Pengerusi II PDK Selayang, Encik Mohd Yusof Tawil.
  2. Penyelia PDK Selayang, Puan Noraini Othman, dan
  3. 5 orang Petugas PDK:
    1. Puan Zuriah Jabar,
    2. Puan Rohayah Zainal,
    3. Encik Mohd Shah Rizal Mah @ Man,
    4. Puan Azizah Mohd Yunus, dan
    5. Puan Siti Khalimah Jamil.
Mereka diiringi oleh Pegawai Bahagian Pembangunan OKU JKM Daerah Gombak iaitu Puan Herneidayu.

Rombongan tersebut bergerak dari perkarangan PDK Selayang pada jam 4:00 pagi. Berhenti untuk Solat Suboh di Surau Kg Kerok, Kuala Lipis dan berhenti minum pagi di Kg Pagar Sasak juga dalam Daerah Kuala Lipis.

Rombongan tiba di PDK Temangan pada jam 10:50 pagi lewat 50 minit dari jadual sepatutnya.

Tujuan lawatan mereka ialah untuk menyampaikan sumbangan kepada PDK Temangan yang bangunannya telah hangus dalam kebakaran yang berlaku pada 20hb September 2010 yang lalu.

Sumbangan adalah hasil pungutan derma dikalangan kakitangan PDK Selayang dan ibubapa/penjaga dan keluarga OKU PDK Selayang sebanyak RM885.00.

Jawatankuasa PDK Selayang turut menyumbang sebanyak RM1,000.00 sebagai tanda sokongan kepada Jawatankuasa PDK Temangan.

Disamping itu Encik Mohd Yusof juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM500.00 dari CBR Network Malaysia kepada PDK Temangan.

Walaupuan sumbangan tersebut tidak sebanyak mana, tetapi yang penting ialah sokongan kepada PDK Temangan untuk bangun semula selepas malapetaka yangtidak disangka tersebut.

Ternyata, walaupun lawatan yang diatur tersebut cuma dalam tempoh 48 jam, Jawatankuasa PDK Temangan, Kakitangan dan Pelatih PDK telah menyediakan sambutan yang meriah walaupun ketibaan kami dalam keadaan hujan lebat yang bermula seawal jam 8 pagi (kami bergerak dalam hujan sejak 10km sebelum Bandar Gua Musang).

Encik Aman, Pegawai Penyelaras PDK Jajahan Machang juga turut hadir menyambut ketibaan rombongan dari PDK Selayang tersebut.

PDK Temangan diwujudkan pada tahun 2007, dengan menyewa sebuah rumah dari salah seorang penduduk di Kg Tengah, Mukim Temangan.

Selepas kebakarn berlaku, Pelatih OKU telah dipindahkan sementara ke PDK Insani, Kg Raja (lebih kurang 6km), selama sebulan dan kini mereka menyewa  sebuah rumah di Kg Pauh, Mukim Temangan.

Bangunan baru untuk PDK Temangan sedang dalam proses pembinaan yang akan disewa dari seorang penduduk lain berhampiran dengan pintu keselamatan rel keretapi pantai timur yang merentasi Mukin Temangan.




Rombongan bergerak meninggalkan PDK Temangan pada jam 12:20 tengahari, dalam hujan lebat mengekori kereta Encik Aman untuk lawatan ke PDK Bandar Machang pula.

No comments: