Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, January 6, 2011

Lawatan ke PDK Bandar Machang

Selepas lawatan ke PDK Temangan, rombongan terus ke PDK Bandar Machang, yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Jajahan Machang.

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa PDK Bandar Machang Tuan Haji Yusof, Jawatankuasa dan Kakitangannya serta Encik Aman Md Bakri (Pegawai Penyelaras PDK Jajahan Machang) yang memandu kami ke destinasi selama 25 minit dalam suasana hujan lebat dari PDK Temangan.

Puan Tuan Nor Rosnizah Tuan Puteh, PKMJ Machang menyertai kami beberapa minit kemudian.

PDK Machang menyewa 3 buah rumah kedai bersaiz 20' X 60' dengan kos RM400.00 sebulan sebuah, telah diwujudkan sejak tahun 2002.

Taklimat oleh Pengerusi PDK Bandar Machang
Mempunyai seramai 32 orang Pelatih PDK dengan seorang Penyelia PDK dan 5 orang Petugas PDK. 27 orang pelatihnya adalah terdiri dari OKU Akal sementara 5 lagi OKU Fizikal.

Ucapan oleh PKMJ Machang
Banyak perkara telah dikongsikan termasuk bagaimana Jawatankuasa PDK Selayang menjana kewangan selain dari Geran Tahunan yang diberi oleh JKM.

Ucapan balas oleh Ketua Rombongan


PDK Selayang juga telah menawarkan kepada Jawatankuasa PDK Bandar Machang untuk menyediakan 'Latihan Dalam Kelas' kepada Petugas PDK Bandar Machang di PDK Selayang.

Tea Time Meeting
Sebelum bergerak meninnggalkan PDK Bandar Machang jam 1:40 petang, rombongan telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM200.00 kepada PDK Temangan.

Khusyu' mendengar taklimat

Group Photo
Rombongan kemudian menuju ke Pusat Bandar Kota Bharu untuk melawat LCKB Down Syndrome Center.

No comments: