Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, January 9, 2011

Anak Sapa la nih: Berani Tak Berakal

Anak Sapa la nih!?
Cuba melintas Jalan Ipoh (hadapan Tesco Selayang)
08.01.2011: Pada jam 5:00 petang semasa ke KL bersama keluarga, dan semasa menunggu seorang rakan anak dibawah jejambat di hadapan Tesco Selayang, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki (gambar) cuba melintas lebuhraya 3 lorong yang sibuk. (melihat dari pakaian dan barang/beg yang dibawanya, rasa-rasanya kanak-kanak tersebut dari sebuah rumah anak yatim dari Negeri Kedah yang kerap dipaksa membuat jualan).

Walaupun jejambat pejalan kaki cuma 30meter darinya tetapi keengganan menggunakannya telah menyebabkan ia terperangkap lama (tidak diketahui sebelum dan selepasnya), walaupun saya menunggu rakan anak selama hampir 15minit, kanak-kanak lelaki tersebut masih belum boleh melintas.

Membelakangkan kamera bila perasan diambil gambar
Selepas rakan anak saya tiba saya membuat satu pusingan U di bulatan Segambut menggunakan sebelah jalan yang sama, kanak-kanak tersebut masih belum dapat melintas.

Sebelum kami selepas hampir 15minit, masih tak boleh melintas
Saya sendiripun tak berani menanggung risiko untuk membantunya, cuma boleh berdo'a supaya tiada apa-apa berlaku keatasnya.

2 comments:

eelobor said...

kat tempat dia, cuma di ajar untuk kutip derma jer kut. tapi tak di ajar benda2 lain.

Mohd Yusof Tawil said...

dah banyak bebudak macam tu saya interview.

mereka kata ustaz ajar kalau ada orang yang tanya, jawab macam nih 'kami sukarela nak belajar berniaga'.

lepas tu yang hantar mereka untaz yang macam tonto, atau yang mereka gelarkan 'ustaz tonto', pastikan mereka buat kerja....