Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, August 11, 2010

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)


Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa.

Objektif PDK

• Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.
• Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
• Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.
• Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
• Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

• Home Based.
• Centre Based.
• Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

• Kemahiran motor kasar.
• Kemahiran motor halus.
• Perkembangan sosial.
• Perkembangan bahasa.
• Pengurusan diri sendiri.
• Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
• Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
• Latihan Vokasional.
• Terapi muzik.
• Sukan dan rekreasi.

Peranan JKM

• Bayaran sewa premis.
• Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan.
• Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan.
• Peralatan.
• Utiliti.
• Program / aktiviti
• Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK.
• Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
• Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV
(Japan Overseas Cooperation Volunteers - SET, PT , OT, SW)
• Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.
• PDKNet- www.pdknet.com.my

• Pengiktirafan:

- Anugerah Pusat PDK Cemerlang.
- Anugerah Petugas PDK Cemerlang.
- Anugerah Keluarga Cemerlang.

Konsep PDK 'One Stop Centre''

PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Peranan PDK 'One Stop Centre'' :

• Pusat Intervensi Awal OKU.
• Pusat Sumber maklumat OKU.
• Pusat Rujukan OKU.
• Pusat Pendaftaran OKU.
• Pusat Advokasi.

PDKNet

PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.

Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.

Untuk capaian PDKNet, ianya boleh dilayari melalui laman web http://www.pdknet.com.my/

2 comments:

eelobor said...

salam bang, sakit mata la nak baca tulisan dengan kaler background tak match. pening berpinar2....hehehe

sori yer bang....memang berminat nak membaca tapi tak terdaya

Mohd Yusof Tawil said...

wokeh! next tukau warna pelangi plak. he he heh...