Ketekunan mengulang kaji pelajaran dan menterjemahkan bahan bacaan ke teks Braille akhirnya membuahkan hasil kepada tiga graduan cacat penglihatan apabila berjaya menggenggam ijazah sarjana pada Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2010 di sini hari ini.
Mereka ialah Laxme Preyalatha, 34; Al-Azifah Mohd. Shafie, 30, dan Ahmad Sahmsuri, 28.
Laxme cacat penglihatan sejak kecil bersyukur kerana usahanya berbaloi meskipun dia terpaksa berusaha lebih gigih berbanding rakan yang normal.
Anak kedua daripada tiga beradik itu menghadiahkan kejayaannya menggenggam segulung ijazah kepada diri sendiri dan ibu tersayang.
"Ibu menjadi pendorong kepada saya sehingga berjaya memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan ini,'' katanya.
Dalam pada itu, Al-Azifah berkata, kejayaan bergelar graduan Sarjana Syariah menjadi penyuntik semangat untuk mendidik pelajar di sekolahnya.
Guru Sekolah Menengah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam itu berkata, perjuangannya belum selesai kerana berhasrat menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.
Sementara itu, Ahmad berkata, kecacatan sejak lahir bukan penghalang untuk dia mencapai kejayaan dan memiliki Ijazah Sarjana Kaunseling.
"Walaupun perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal pengajian, ia tidak menjadi masalah besar buat saya.
"Bantuan daripada pensyarah, rakan-rakan sekuliah serta universiti ini memudahkan proses pembelajaran sepanjang pengajian ini," katanya.
Sementara itu, kegembiraan turut dikongsi pasangan kembar, K. Shamini Devi, 32, dan adiknya Shantini Devi yang juga berjaya menamatkan pengajian sarjana dalam bidang kaunseling.
Bila agaknya ada pelatih atau bekas pelatih PDK akan bergembira sedemikian.
Petikan dari Utusan Online-090810
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Latar Belakang PDK Selayang
SEJARAH PENUBUHAN:
Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)
Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)
Kelas Harian EIP:
Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).
Pemulihan Pertuturan:
Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.
Pemulihan Carakerja:
Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.
Program Lawatan ke Rumah:
Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)
Pengurusan:
Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
No comments:
Post a Comment