Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, August 11, 2010

Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas PDK Negeri Selangor Mengharumkan Nama Negeri di Kejohanan SO Malaysia ke 2.

Seramai 5 orang Penyelia PDK dan 7 orang Petugas PDK dan seorang Jawatankuasa PDK telah mengharumkan nama Negeri Selangor Darul Ehsan di Kejohanan Special Olympics Malaysia Kali ke 2 yang diadakan di Ipoh dari 5-8hb Ogos 2010.

5 orang dari mereka telah bertugas sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan pada 5hb Ogos dengan membantu menyiapkan 8 buah Gelanggang Bocce di Sekolah Kebangsaan Kepayang, Taman Fair, Ipoh. Dua darinya juga bertindak menyiapkan Gelanggang Lontar Bola Lisut di Stadium Perak pada 6hb petang.

Mereka juga telah bertindak sebagai Pegawai Sukan dalam acara trek dan padang pada 6 dan 7hb Ogos dan juga sebagai Pembantu Pegawai Sukan Bolasepak 5 sebelah pada 7 dan 8hb Ogos.

Semua Pegawai Teknikal dan Pegawai sukan telah ditempatkan di YMCA Ipoh di Jalan Raja Musa Aziz, lebih kurang 2.5km dari Kompleks Sukan Dewan Bandaraya Ipoh.

Mereka ialah:

Jawatankuasa: Mohd Yusof Tawil -PDK Selayang.

Penyelia PDK:
1. Noraini Othman -PDK Selayang.
2. Hajjah Zaharah Ali -PDK Taman Seri Gombak.
3. Noriani Hj Saman -PDK Kuala Kubu Bharu.
4. Julia Mahsan -PDK Batang Kali.
5. Khairullailiah Mohd Rani -PDK Gedangsa

Petugas PDK:
1. Halimatun Saadiah Muri -PDK Hulu Kelang.
2. Wahina Wahid -PDK Hulu Kelang.
3. Salamiah Ahmad -PDK Hulu Kelang.
4. Ummu Shiqah Ismail -PDK Rawang.
5. Kavitha a/p Mariappan -PDK Rawang.
6. Zaidah Barkis -PDK Gedangsa.
7. Norazidah Idris -PDK Batang Kali.

Semua mereka telah menunjukkan prestasi yang baik dan mampu menjalankan tugas sebagai Pegawai Sukan Special Olympics dimasa akan datang.

No comments: