Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, August 6, 2010

Kejohanan Special Olympics Malaysia ke 2 Bermula.

Kejohanan Special Olympics Malaysia kali ke 2 telah bermula.

Sedang bantu menyiapkan Gelanggang Bocce sebanyak 8 set.
Sebanyak 420 atlit dari 15 Kontingen telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

Taklimat untuk teknikal Bocce di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Fair
4 jenis sukan telah diadakan iaitu Atletik, Bolasepak 5 Sebelah, Bocce dan Bowling telah diadakan.

Atlit Selangor Azharul Azri Roslan (PDK Selayang) sedang menunggu untuk pelepasan re-divisioning 4X100m
Atletik akan dijalankan di Stadium Perak dan Padang Belia dan Sukan Perak pada 6 (Jumaat) dan 7 (Sabtu) Ogos 2010.

Majlis Perasmian Makan Malam.
Bolasepak 5 Sebelah juga akan dijalankan pada 7 & 8hb Ogos 2010.

team Selangor
Bocce dijalankan di padang Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Fair pada 7 & 8.

bersama coach Kuala Lumpur
Sementara Bowling dijalankan di Pusat Bowling Ipoh di Kompleks Jaya Jusco pada 7hb Ogos 2010.

seri panggung.........sementara menunggu untuk makan. tapi miss aaeee.
Majlis Makan Pembukaan telah diadakan di Dewan Kolej Masterskill Ipoh dengan ditaja oleh Masterskill.

gadis tari.........he he he........
oMAK AIII kontrol ayu le tu!
tengok tu! NGAAAA....NGAP!
panjangnya moncong, boleh gantung hanger
Chicken Chop makan di Mee Rebus Ramli, Jalan Kuala Kangsar, ODW balik dari Dinner (sebab xdapat makan terlalu ramai dan bagi peluang pada OKU dahulu makan)
Semua Kontingen menginap di Hotel Fair Park, Jalan Kamaruddin Isa yang hanya 450 meter dari Stadium Perak.

Ketua Kontingen dari NS dan Jurulatihnya-Wooi Yoo!! Mengelik!!!!!!.
Sementara semua Pegawai Teknikal ditempatkan di YMCA, jalan Raja Musa Aziz, yang terletak 1.8KM dari Stadium Perak.

No comments: