Seramai 35 orang kanak-kanak dari PDK Selayang telah berpeluang berbuka puasa bersama aktres hitam manis iaitu Dayang Nurfaizah bertempat di Bangsar Seafood pada hari ketujuh Ramadhan 1432H ini.
Program ini merupakan program yang ketiga diadakan sejak tahun 2008.
Kanak-kanak ini merasa bertuah kerana Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) tidak melupakan mereka untuk menikmati saat-saat manis bertemu aktres kesayangan mereka.
Kanak-kanak dari PDK Selayang ini terdiri dari:
- 6 orang kanak-kanak kurang upaya (OKU).
- 1 orang anak kepada OKU.
- 3 orang anak yatim piatu (meninggal kedua-dua ibubapa).
- 12 orang anak yatim (meninggal salah seorang ibu atau bapa).
- 6 orang anak ibu tinggal (ibu bercerai/ditinggal suami tanpa status); dan
- 7 orang anak keluarga miskin bandar (pendapatan ibubapa di bawah RM1,500)
Mereka diiringi oleh 2 orang sukarelawati dan oleh Penyelia PDK dan 2 Petugas PDK Selayang.
Program ini juga ditaja bersama oleh Nestle, Sogo dan Bangsar Seafood.
Sebelum buka puasa bermula mereka telah dilayan oleh Dayang Nurfaizah sendiri untuk mewarna 'sand art' kerana kumpulan dari PDK Selayang adalah yang terawal tiba iaitu jam 5:40 petang (moto PDK Selayang ialah 'Biar Kami Menanti, Jangan Buat Orang Tertunggu-Tunggu')
Di akhir program semua kanak-kanak menerima 'duit puasa' dari Dayang Nurfaizah, MKKM, Nestle dan Sogo.
Sementera itu Nestle dan Sogo masing-masing menyampaikan juga goodie bag.
Datuk Raj Karim, Timbalan Presiden MKKM juga turut hadir untuk meraikan mereka.
Selain PDK Selayang, program juga disertai oleh Asrama Baitul Ummah dan Sekolah KIU.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Latar Belakang PDK Selayang
SEJARAH PENUBUHAN:
Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).
Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)
Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)
Kelas Harian EIP:
Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).
Pemulihan Pertuturan:
Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.
Pemulihan Carakerja:
Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.
Program Lawatan ke Rumah:
Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)
Pengurusan:
Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yang pasti PDK selayang nie memang aktif betul la dalam program2 luar. semoga pihak2 luar atau NGO meneruskan untuk meraikan kanak2 PDK dan tidak hanya di bulan puasa atau syawal sahaja.
AL-HAMDULILLAH
Hi! Dayang adalah penyanyi, bukan aktres. :)
Post a Comment