Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, April 22, 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

 7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI 
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

30 PERKARA MENGENAI WANITA DALAM ISLAM

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada1000 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat. 

3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut.

7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. baGi 12 tahun pahala ibadat.

8. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.

10. Wanita yang menjaga solah, puasa dan taat pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

11. Wanita yang hamil akan dapat pahala ;
• Berpuasa pada siang hari dan
• Beribadat pada malam hari.

12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
13. Seorang suami yang redha akan isteri ketika meninggal dunia, Allah s.w.t. mewajibkan syurga bagi isterinya. 

14. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
15. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

16. Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purda di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah; Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah 13. kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.
Manafaat di dunia dengan memakai purda sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La’ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.
Hadhrat Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w; “Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah.
Hadhrat Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah swt. memerintahkan semua orang supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari
melihat Hadhrat Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau
rendah.

17. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki yang bukan muhrimnya atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan pada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.

18. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan, Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran setengah pahala jihad.

19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya. 21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah s.w.t. berfirman: hiduplah dengan apa yang kau suka.
22. Nabi s.a.w. bersabda: “Tiga orang yang tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat kebajikan mereka kelangit ialah:-
i. Seorang hamba yang lari dari tuannya sehingga dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehingga suaminya redha.
iii. Orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.

23. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah- olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu di Baitullah.

24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari seperti puasa bagi wanita yang mengandung. 

25. Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.

26. Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid. 27. Apabila seorang wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t. memberi pahala 1 tahun sembahyang dan puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari langit datang membawa khabar gembira iaitu Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga baginya.

29. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t. memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.
“Orang laki-laki itu menjadi tulang punggung (penanggungjawab) bagi wanita.” (Al-Hadis) Ertinya, bahawa mereka (laki-laki) itu menguasai urusan kaum wanita dan mendidiknya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik wanita adalah apabila dia engkau pandang, maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, dan bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya.” Anas Bin Malik, meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang wanita yang
apabila mengerjakan solah lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.” (HADIS RIWAYAT ABU NAIM)
Abdurrahman Bin Auf r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang laki-laki yang tidak soleh dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutuplah baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya delapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab / hitung.”
Siti Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tidaklah seseorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan pada hari pertama haidnya membaca Alhamdulillahi alaa kulli wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah s.w.t. dalam segala keadaan dan saya mohon ampun
kepada Allah s.w.t. dari segala dosa.) Maka Allah s.w.t. menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shirathul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah s.w.t. mengangkat keatasnya darjat, seperti darjatnya empat puluh orang yang mati syahid.”
Termasuk dosa besar adalah seorang perempuan yang telah bersuami keluar dari rumahnya tampa seizin suaminya, biarpun dia keluar kerana kematian salah seorang dari kedua orang tuanya.
Di dalam kitab Al-Ihya diceritakan sebuah kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya: “Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang.” Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w. Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu: “Agar dia mentaati suaminya”. Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak
berani keluar rumah.
Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya.” 
30. Amalkan Semoga apa yang kita baca ini Allah beri kita kekuatan untuk kita ambil ikhtibar, amal dan sampaikan.. InsyaALLAH. wallahualam..

Fadhilat Surah-Surah dalam AL-QURAN

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

Surah Al-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ? Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ? Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ? Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ? Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ? Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ? Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ? Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui

3 WAKTU UMAT ISLAM DILARANG MANDI

3 WAKTU DILARANG MANDI :
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.

B. Setelah Maghrib.

C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat 'Asar itu adalah waktu di mana darah di dalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah waktu Maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat 'Isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirehat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan tenaga kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Foto Bulan 22 Jamadil Akhir 1435H (22/04/2014)

Foto bulan yang diambil pada jam 3:00 pagi 22 Jamadil Akhir 1435H (22/04/2014).

Dalam 11 tahun hanya pada bulan Jamadil Akhir 1435H ini sahaja bersamaan dengan bulan April 2014 Masehi (tetapi Jamadil Akhir adalah bulan yang keenam dalam Taqwim Hijrah.

zoom 54x

zoom 78x

zoom 95x

zoom 35x

zoom 78x

zoom 95x

zoom 118x

Sunday, April 13, 2014

Etnik Tatau diambang Pupus, Hanya Tinggal 8 Orang Sahaja


Foto
Kaum ini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang masih berdarah Tatau tulen

WALAUPUN bukan berkaitan jasa atau pengorbanan dilakukan demi kepentingan bangsa dan negara, peribahasa ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’ tetap sinonim dengan senario semasa kehidupan satu daripada 42 etnik terkini di Sarawak, iaitu Orang Tatau.
Ini kerana suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Hulu di daerah Tatau di bahagian tengah Bumi Kenyalang itu kini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang yang dikatakan benar-benar berdarah minoriti berkenaan, itupun masing-masing sudah memasuki era warga emas.


Sungguhpun demikian, nama Tatau tercatat dalam peta Sarawak sebagai sebuah daerah yang kini pesat membangun dengan menjadikan pekan yang juga dikenali dengan nama Tatau - pusat pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan kawasan yang berhampiran Bintulu itu.

Selain etnik Tatau, daerah dengan keluasan 4,945.8 kilometer persegi itu, kini didiami sekitar 30,000 penduduk pelbagai kaum, antaranya Iban, Melanau, Cina, Punan, Beketan, Kayan dan Kenyah.


Foto
Kaum wanita Tatau menjemur buah gabang.

Daerah berkenaan dinamakan sedemikian sempena nama etnik Tatau yang diriwayatkan sebagai imigran pertama meneroka penempatan bermula di hulu sungai, kemudian berpindah randah ke hilir hingga ke kawasan Pekan Tatau kini.

Kewujudan suku kaum dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia dengan golongan tuanya masih mengamalkan kepercayaan animisme itu kini tidak lagi diketahui ramai melainkan golongan tua termasuk etnik lain di daerah berkenaan.
Malah penulis yang cuba mendapatkan taburan dan kawasan penempatan terkini suku kaum itu daripada sumber Muzium Sarawak sebelum menerjah ke Pekan Tatau dan pedalamannya, juga gagal kerana kekurangan maklumat mutakhir mengenainya.

Penulis yakin suku kaum itu wujud di daerah Tatau kerana pernah mendengar kehidupan mereka yang lazimnya dipanggil Orang Tatau oleh masyarakat tempatan ketika berkhidmat sebagai guru di pedalaman daerah berkenaan kira-kira 28 tahun lalu.



Foto
Jalong (tengah) bersama sebahagian anak buahnya.

Berbekalkan keyakinan itu, Rumah Jalong yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari Pekan Tatau diterjah setelah dikhabarkan ia satu-satunya rumah panjang di daerah berkenaan didiami orang Tatau yang masih ada.

Memang benar keturunan asal suku kaum itu di ambang kepupusan, fikir penulis kerana daripada sejumlah 190 rumah panjang di daerah berkenaan, cuma sebuah didiami etnik Tatau dengan penghuninya seramai 108 orang.

Ketua Kampung atau Tuai Rumah Panjang Jalong, Jalong Ak Anyik, 62, yang akur dengan hakikat itu mengesahkan cuma tinggal lapan orang berketurunan asal orang Tatau, manakala yang lain berdarah campuran berikutan perkahwinan dengan kaum lain.

Beliau salah seorang daripada etnik Tatau asal bagaimanapun, berkata semua penghuni Rumah Jalong dikategorikan Orang Tatau walaupun asalnya suku kaum lain. Jika ada pemuda atau gadis kaum lain berkahwin dengan suku kaum itu dan tinggal di Rumah Panjang Jalong serta mengamalkan cara hidup etnik berkenaan, mereka juga dikira Orang Tatau.

“Berdasarkan cerita lisan orang tua, datuk nenek kami berasal dari Kalimantan, Indonesia dan meneroka kawasan ini sebagai penempatan baru sejak beratus tahun lalu. Pada awalnya keturunan kami sangat ramai, bagaimanapun kini tinggal beberapa kerat saja," katanya ketika ditemui di Rumah Jalong, Tatau yang dinamakan sempena namanya sebagai ketua rumah panjang itu, baru-baru ini.

Sungguhpun cuma sebuah rumah panjang etnik Tatau yang masih tinggal, darah keturunan suku kaum itu dikatakan ‘mengalir’ di mana-mana rumah panjang etnik lain di daerah berkenaan berikutan perkahwinan campur.

Jalong yang juga berkahwin campur dengan perempuan Iban menjelaskan, peristiwa suku kaum itu diserang sejenis penyakit ganjil pada peringkat awal penempatan antara faktor utama keturunannya berkurangan.

Begitupun, populasi etnik Tatau semakin hilang, melainkan namanya terus menjadi sebutan, Jalong yang berpegang kepercayaan pagan berusaha sedaya mampu mengekal cara dan adat resam kehidupan suku kaumnya supaya terus kekal.

Sekalipun dilanda arus pembangunan dan permodenan, katanya, sebagai ketua beliau bertanggungjawab mengekalkan warisan suku kaum sejak berzaman itu, contohnya dari segi cara hidup dan penggunaan bahasa Tatau di kalangan penghuni Rumah Jalong.

Oleh itu, tidak hairanlah jika semua orang rumah panjang itu berusaha menggunakan bahasa Tatau ketika berkomunikasi antara satu sama lain, termasuk di kalangan kaum lain yang menjadi keluarga baru minoriti itu.

“Di kalangan kami terutama dalam perbualan harian, seboleh-bolehnya bahasa Tatau digunakan untuk berhubung, termasuk oleh kaum lain yang berkahwin dengan anak buah saya dan tinggal di rumah panjang ini.

“Mereka mesti cakap bahasa kami. Pada awalnya mereka tidak tahu dan faham tetapi setelah sebulan dua bersama, mereka tahu, faham dan dapat menguasainya dengan baik.

“Bagi orang luar yang datang ke rumah kami atau ketika berinteraksi di tempat lain, lazimnya kami gunakan bahasa yang boleh mereka fahami. Contohnya, jika dengan orang Melayu, bahasa Melayu digunakan, dengan orang Iban, bahasa Iban pula kami gunakan. Begitu juga dengan kaum lain,” katanya.

Jalong berkata bahasa Tatau tidak sukar kerana sebahagian kosa katanya, terutama dari segi bunyi mudah diingat, selain mempunyai persamaan sebutan dengan bahasa suku kaum lain.

Foto
Suku kaum Tatau turut mengusahakan barangan cenderamata untuk dijual.

Sebagai contoh, katanya, bagi perkataan 'makan' atau 'minum' sesuatu, dalam bahasa Tatau disebut 'kuman asik' untuk makan nasi, 'kuman mi' untuk makan mi, dan 'kuman milo' bagi minum milo.

Ikatan persaudaraan kukuh di rumah panjang

MENCANTUMKAN cerita asal usul penempatan tiga suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Ulu di daerah Tatau, Sarawak, iaitu Tatau, Punan Kakus dan Beketan, terbukti mereka mempunyai hubungan serumpun sejak awal, terutama dari segi keturunan.

Ini kerana sejak peringkat awal penempatan mereka di daerah berkenaan dianggarkan 300 tahun lalu, malah hingga kini pun, masih berlaku perkahwinan campur antara pemuda dan gadis tiga suku kaum itu.

Sehubungan itu, tidak hairanlah jika ada Orang Tatau yang menyatakan saudara mereka tinggal di rumah panjang suku kaum Punan Kakus atau Beketan yang juga mendiami kawasan tepi Sungai Tatau serta dua lagi sungai di hulu daerah berkenaan, iaitu Sungai Kakus dan Sungai Anap.

Seperti Orang Tatau, seseorang dari suku kaum lain juga dianggap etnik Punan Kakus jika tinggal di rumah panjang sama dan mengamalkan cara hidup minoriti itu, begitu juga dengan suku kaum Beketan.

Tuai Rumah Panjang Ado yang mengetuai etnik Punan Kakus, Ado anak Bilung, 53, berkata sejak awal penempatan minoriti berasal dari Belaga di daerah Tatau juga membabitkan perkahwinan ketua kaumnya dengan anak perempuan orang kenamaan suku kaum Tatau.

“Sewaktu nenek moyang kami berhijrah ke sini (daerah Tatau), Orang Tatau sudah ada... lalu raja kami berkahwin dengan puteri orang besar kaum Tatau. Sebab itulah dari segi keturunan sekarang, walaupun berlainan etnik, ada yang bersaudara.

“Keadaan ini berterusan, perkahwinan bukan saja membabitkan Orang Tatau atau Beketan, malah kaum lain juga ada yang berkahwin dengan suku kaum Punan Kakus,” katanya.

Kebanyakan perkara khususnya membabitkan adat, kebudayaan dan kepercayaan ketiga-tiga suku kaum itu juga tidak jauh berbeza dan mereka juga saling memahami terutama dari segi adat resam dan cara hidup.

Bagi menjaga kebajikan serta menjalankan pelbagai urusan berkaitan Orang Ulu di daerah Tatau yang juga merangkumi suku kaum Kayan dan Kenyah, seorang daripada etnik terbabit dilantik kerajaan sebagai ketua, kini Penghulu Sanok.

Bekas guru besar beberapa sekolah rendah yang juga penduduk tempatan, Salamun Ibrahim, mengesahkan perkara itu berlaku kerana beliau sendiri yang berketurunan Melanau Muslim mempunyai saudara mara dekat di kalangan etnik Tatau.

Persoalan Agama: Bolehkah Membaca Al-Quran Semasa Dalam Haid

Soalan: Saya berumur 15 tahun dan tidak pasti mengenai pantang larang ketika datang haid. Apa yang boleh dan tidak boleh dibuat, selain tidak boleh membaca al-Quran dan solat?

Ina Syaz, 
Shah Alam
Jawapan: Haid ialah keadaan fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh wanita dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Selain menjadi penanda aras kesihatan wanita, ia juga bertindak sebagai tanda peningkatan tanggungjawab dalam aspek ibadat. Wanita yang mendapati dirinya sudah mula haid, bertanggungjawab untuk melakukan semua ibadat yang diwajibkan ke atas orang yang mukalaf seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. 

Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 yang bersidang pada 29 April 1999 sebulat suara memutuskan perempuan haid dan nifas menggunakan masjid semata-mata untuk tujuan pembelajaran saja adalah diharuskan kerana ia mempunyai hajat iaitu untuk menuntut ilmu.


Bagaimanapun ketika haid, seorang wanita diharamkan melakukan beberapa perkara, iaitu solat fardu atau sunat, puasa fardu atau sunat, tawaf, persetubuhan, membaca al-Quran, menyentuh dan membawa mushaf al-Quran dan berada di dalam masjid.

Dalam masalah solat, puasa dan tawaf pengharamannya adalah muktamad. Bererti tiada sebab untuk wanita yang didatangi haid melakukannya, dan jika melakukannya dia berdosa.

Dalam larangan bersetubuh, pengharaman khusus hanya untuk melakukan hubungan seksual tetapi dibenarkan suami bergurau senda dengan isteri yang sedang haid. 
Wanita haid juga tidak dibenarkan membaca al-Quran, menyentuh dan membawa mushaf al-Quran. Bagaimanapun, ketika haid wanita masih boleh berwirid, selawat dan ayat al-Quran yang dijadikan zikir seperti al-Ma’thurat. Dalam keadaan tubuh wanita lemah kerana haid, elakkan daripada melakukan perkara melalaikan seperti menonton televisyen, mendengar lagu, melayari internet dan bermain ‘games’ atau membaca buku-buku yang tidak berfaedah. Perbanyakkan zikir dan membaca buku berfaedah. 
Bagi masalah membaca al-Quran, wanita boleh menggantikannya dengan membaca terjemahan dan tafsir. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu wanita yang haid dibenarkan membaca al-Quran, iaitu sekiranya dia adalah pelajar tahfiz yang perlu menghafaz dan mengulang hafazan setiap hari. Begitu juga bagi pelajar madrasah atau universiti yang perlu menduduki peperiksaan al-Quran yang kebetulan jatuh ketika dia sedang haid. 

Pelajar juga boleh membaca dan memegang buku agama yang mempunyai ayat al-Quran tetapi tidak dibenarkan menyentuh pada ayat al-Quran itu. Bagi guru agama yang mengajar al-Quran juga dibolehkan membaca al-Quran bagi tujuan mengajar.

Semua pengecualian ini adalah semata-mata kerana keperluan yang mendesak atau darurat, iaitu keperluan menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu. Atas sebab yang sama juga sebahagian ulama mengharuskan wanita haid berada di dalam masjid kerana menuntut ilmu. Dengan syarat, wanita ini wajib memastikan darah mereka tidak mencemari masjid dengan memakai tuala wanita yang kemas.

Ini bertepatan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 sudah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut: “Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 yang bersidang pada 29 April 1999 sebulat suara memutuskan perempuan haid dan nifas menggunakan masjid semata-mata untuk tujuan pembelajaran saja adalah diharuskan kerana ia mempunyai hajat iaitu untuk menuntut ilmu.”