Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, April 6, 2010

Pelajar Practicum dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buluh.

Seramai 5 orang pelajar Diploma Pemulihan Perubatan Carakerja Kumpulan 23 Tahun 3 Semester II dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh telah hadir untuk melakukan Latihan Klinikal di PDK Selayang. mereka akan menjalani latihan dari 5-30hb April 2010.

Di PDK Selayang mereka akan dilatih oleh Puan Nor Azila Saari iaitu Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja PDK Selayang dan akan dipantau oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang.

Mereka juga akan dibawa oleh Puan Siti Nor Azila ke PDK Rawang, PDK Seri Gombak dan PDK Hulu Kelang semasa beliau melakukan Program Pemulihan Carakerja di PDK-PDK berkenaan.

Pelajar-pelajar tersebut adalah:
2007-6337 Siti Nur Aishah Mehat; 2007-6279 Ainun Jariah Mokhtar; 2007-6318 Nur Ain Musa; 2007-6291 Izzaty Syaheerah Rusli dan 2007-6288 faten Farhana Pakhruddin.

Semasa hari pertama pereka di sini, mereka telah diberi penerangan oleh Puan Noraini Othman dan Puan Siti Nor Azila mengenai PDK Selayang, program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga tugas-tugas mereka semasa menjalani latihan klinikal di sini.

Kehadiran mereka kan direkodkan dengan menggunakan kad perakam waktu sama sepertimana Kakitangan PDK dan Pelatih PDK lakukan setiap hari.

Pada 6hb April (Selasa) Puan Siti Nor Azila telah membawa seramai 2 orang pelajar ini ke PDK Seri Gombak untuk mengikuti program Pemulihan Carakerja di sana. sementara tiga dari mereka melakukan latihan dalam Kelas EIP dengan pelatih-pelatih PDK Selayang.

PDK Selayang ditimpa pokok lagi.

Pada 24hb Mac 2010 sebatang pokok yang berada disebelah kanan tandas telah tumbang dan menimpa bumbung PDK berhampiran tandas tersebut. Al-Hamdulillah walaupun pokok tersebut agak besar (52 inci ukur lilit) tetapi ia hanya merosakkan beberapa keping atap genting, salur air hujan dan beberapa keping siling bahagian luar sahaja.

Pengurusan Rumah Amal Cheshire telah dimaklumkan oleh Puan Daw San San dan mereka telahpun meninjau tempat yang ditimpa tersebut tetapi tiada berbuat sesuatu dan tiada maklumat sepatahpun apakah tindakan mereka.

Mungkin mereka tidak mahu membaikkinya kerana tempoh PDK diarahkan keluar dari bangunan tersebut telah semakin hampir, iaitu 31hb Mei 2010.

Sila lihat foto yang diambil pada 6hb April 2010 (Selasa) 2 minggu selepas kejadian tersebut. Kejadian ini merupakan kali kedua berlaku selepas kejadian pertama yang berlaku pada tahun 2008, iaitu bila dahan pokok teja (sentang) yang ada berhampiran dengan dapur sekah dan menimpa bumbung di bahagian kelas Puan Jamaliah (EIP 1) dan Puan Faridah (EIP 2). Mujur tidak mengakibatkan kerosakkan yang teruk.

Monday, April 5, 2010

Kelulusan Sewa RM3,000.00 oleh JKM Malaysia.

Al-Hamdulillah

Terima kasih diucapkan kepada JKM Malaysia kerana meluluskan sewa premis PDK dari RM500.00/bulan kepada RM3,000.00/bulan mulai April 2010. Ini kerana PDK Selayang telah diarahkan keluar oleh rumah amal cheshire dalam tempoh tiga bulan yang akan berakhir pada 31hb Mei 2010 ini tanpa sebab yang jelas.

Terima kasih juga JKM Daerah Gombak dan JKM Negeri Selangor yang membantu menyampaikan permohonan PDK kepada JKM Malaysia.

Kami telah menjumpai sebuah banglo yang mempunyai saiz tanah seluas 12,000 kaki persegi tetapi cuma bangunannya yang agak kecil iaitu cuma 1.920 kaki persegi sahaja. Kami akan mula pindah masuk pada pertengahan Mei nanti bila kerja-kerja penambahan bangunan untuk dewan 24' X 60 kaki siap dan dapur 11'8" X 26 kaki siap dibina.

Kami juga terpaksa membeli kabin untuk dijadikan stor peralatan Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja. Satu lagi kabin akan kami gunakan untuk pejabat sementara PDK ini yang akan menempatkan ruangan pengurusan.

Foto PDK yang baru akan kami upload bila semua proses siap kelak.

Saturday, April 3, 2010

Produk-Produk Kraftangan PDK Selayang

Berikut adalah produk-produk yang dihasilkan oleh remaja OKU dari PDK Selayang.


  1. Mini Kad RM1.00/satu

  2. Cutie Flower RM5.00/satu


3A. Stamp Book Mark RM2.00/satu

3B. Wood Chip Book Mark RM3.00/satu

4. Cutie Mini Box RM3.00/satu




5. Line Art Frame RM65.00/satu

6. Greetings Card RM2.00-3:50/satu



Mereka yang berminat untuk memberi kraftangan ini boleh berhubung dengan Puan Jamaliah Ahmad atau Puan Alina Abdul Rahman di talian +603-6137 3467 atau faks: +603-6210 8644; E-mail: pdkselayang@gmail.com

Produk-Produk Kraftangan PDK Selayang

Di bawah adalah produk-produk kraftangan yang dihasilkan oleh remaja OKU PDK Selayang.

Sumbangan Susu Grow 3+ Pek 700g untuk Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang


Abbot Laboratories (Malaysia) Berhad melalui Yellow House Society of Kuala Lumpur telah menyumbangkan sebanyak 400 pek 700g susu Grow 3+ kepada kanak-kanak dari Program Perkhidmatan Komuniti PDK Selayang.


Mereka terdiri dari kanak-kanak kurang upaya, anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik. Seramai 200 kanak-kanak telah menerima sebanyak 2 pek seorang dari 3 kawasan yang dipilih oleh PDK Selayang iaitu PPR Taman Wahyu, Apartment Julia Bandar baru Selayang Fasa 2B dan kawasan selayang baru serta sekitarnya.

In House Training April 2010


PDK Selayang telah mengadakan In House training untuk bulan
April 2010 pada hari ini 3hb April 2010 mulai jam 8:30 pagi-
12:30 tengahari.

Kelas ini dikendalikan oleh Puan Noraini Othman (Penyelia PDK) dan Puan Siti Nor Azila Saari (Jurupulih Carakerja PDK Selayang). Topik-topik yang diulangkaji ialah Penilaian EIP, Rancangan Pembelajaran Individu (RPI), Aktiviti Kehidupan Harian dan Rancangan Mengajar.

Semua Petugas PDK telah hadir untuk sesi In House Training kali ini.