Lawatan Pelajar UM SKET ke PDK Selayang 10/05/2014
10/05/2014; PDK Selayang; 8:30 am-3:00pm
Seramai 32 orang pelajar Program Khidmat Kemasyarakatan bertemakan Helping, Encouragement and Loving Project (HELP) telah melawat PDK Selayang dengan membawa pelbagai aktiviti untuk pelatih-pelatih remaja dan pelatih-pelatih kanak-kanak di Pdk Selayang.
Mereka memulakan aktiviti mereka dengan senamrobik yang bermula pada jam 9:00 am dan diikuti dengan program Mari Melukis pada jam 9:30 am selama 1 jam berikutnya, seterusnya sesi minum pagi dan diteruskan dengan sesi beramah mesra bersama-sama dan menonton latihan perkusi yang dijalankan oleh PDK Selayang yang akan membuat persembahan esoknya 11/05/2014 di Buddhist Maha Vihara, Brickfields.
Oleh kerana hujan lebat yang turun pada jam 11:30 pagi, telah merencatkan sedikit perancangan mereka yang sepatutnya melakukan kerja gotong-royong membersihkan persekitaran PDK dan ditukarkan kepada aktiviti ramah-mesra.
Selepas makan tengahari (yang ditaja oleh UM SKET) mereka mengadakan majlis penamat program dengan menyampaikan cenderahati kepada PDK Selayang dan juga sumbangan sebanyak RM500.00. Disamping itu semua pelatih dan petugas yang hadir juga menerima buah tangan juga sumbangan UM SKET.
Rombongan UM SKET berangkat pulang pada jam 3:00 petang dengan wajah keceriaan dan kepuasan setelah menjayakan program tersebut.

No comments:
Post a Comment