Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, February 26, 2014

Jawapan Kemusykilan Mengenai "Solet Boleh Dimana-mana Sahaja" oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga bermanfaat

Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar?

Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau. 

Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?

Jawapan:

Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Street dakwah kali ini menceritakan betapa di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.

Bukan kena ada lapik ke?

Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan Tautan Rahmat. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan. Ingat kata kunci di sini, Street Dakwah!

Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?

Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.

Wanita boleh sertai?

Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat, bila pakaian ketika keluar menutup aurat kita dengan sempurna.

No comments: