NEW DELHI: Lima anggota keluarga dijatuhkan hukuman mati semalam kerana menyiksa dan membunuh dengan “kejam” sepasang kekasih dari Delhi dalam satu pembunuhan yang digelar “pembunuhan demi maruah”, dua tahun lalu.
Ibu bapa, bapa saudara, ibu saudara dan abang Asha, gadis berusia 19 tahun yang dibunuh bersama teman lelakinya Yogesh pada 2010, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim mahkamah, Ramesh Kumar.
Yogesh, seorang pemandu teksi, mahu mengahwini Asha, anak kepada seorang penjual sayur tetapi keluarga gadis itu membantah kerana Yogesh dari kalangan kasta rendah.
Laporan bedah siasat mendapati pasangan kekasih itu diikat dengan tali, dipukul dengan batang besi dan dikenakan kejutan elektrik, lapor media tempatan.
Laporan bedah siasat mendapati pasangan kekasih itu diikat dengan tali, dipukul dengan batang besi dan dikenakan kejutan elektrik, lapor media tempatan.
“Ujian mendapati, kedua-duanya mati akibat renjatan termoelektrik dan kejutan elektrik beberapa kali,” lapor akhbar Indian Express.
Pendakwa raya awam P.K Verman berkata, “Semua lima defendan dijatuhkan hukuman mati kerana telah terbukti tanpa ragu bahawa mereka menyiksa dan membunuh lelaki dan gadis itu hanya kerana mereka dilamun cinta dan mahu berkahwin. Pembunuhan itu disengajakan.”
No comments:
Post a Comment