(Dua Cerita Satu Tajuk)
Jangan buang sampah merata-rata
WALAUPUN panas matahari petang menyebabkan ramai pengunjung di Jalan Bukit Bintang bercermin mata gelap dan bertopi, tetapi baru-baru ini 20 orang sukarelawan daripada Sekretariat Malaysian Plastics Forum (MPF) dan Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA) sanggup berjalan kaki tanpa mempedulikan cuaca yang membahang.
Salah satu GAMBAR HIASAN PALING MENARIK di Kuala Lumpur bersamaan dengan landskap sampah buangan penduduknya |
Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur sanggup berjalan kaki dari hadapan pusat beli-belah Lot 10 ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) semata-mata mahu menyebarkan mesej kesedaran kepada orang ramai.
Sambil berjalan, mereka membawa sepanduk bertulis Hi-Five Me, Don’t be a litterbug. Setiap orang yang lalu-lalang pasti ditegur dengan memberikan tepukan hi-five tanpa malu sebagai tanda terima kasih kerana tidak membuang sampah merata-rata.
Sampah sarap hasil buangan peniaga pasar malam di Kuala Lumpur |
Mereka turut membawa beg plastik hitam besar supaya orang ramai yang berada di kawasan-kawasan tumpuan tetapi kurang tong sampah dapat membuang sampah ke dalam beg plastik itu.
Pada masa yang sama, mereka yang sepakat berpakaian warna hijau kekuningan itu juga membawa plastik kecil untuk diberikan kepada orang ramai sebagai bekas untuk membuang sampah.
Kalau tak habis jual, mereka buang di sini! |
Walaupun berpanas dan kadangkala tidak mendapat kerjasama pemilik premis kerana tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berkumpulan, mereka tetap meneruskan kempen tersebut.
Kempen yang pertama kali diadakan itu bertemakan Hi-5 Mother Earth, Bye-Bye Litterbugs dan merupakan anjuran hasil kerjasama MPF dan MPMA. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya tidak membuang sampah merata-rata dalam persekitaran.
Ini sampah hasil "Bersih 3.0', bersih konon, bukan setakat perangai saja kotor, kelakuan pun sama macam sampah, macamana nak bersih!! |
Setiap tahun, jumlah sampah yang dikutip di Kuala Lumpur lebih kurang 21,000 tan dan dijangkakan pada tahun 2020 nanti, ia akan meningkat sehingga 30,000 tan.
Orang ramai kerap menyalahkan pihak pengurusan kerana tidak melakukan kaedah pengurusan yang baik dalam memproses sampah.
Hari Perasmian Kempen Kebersihan Kuala Lumpur, berlalu penuh meriah, dengan meninggalkan meriahnya unsur, sampah, sampah dan juga sampah |
Lebih daripada itu, jenis sampah yang kebanyakannya terdiri daripada bahan plastik kerap disalahkan kerana ia sukar mereput secara semula jadi.
Sebenarnya, masalah terbesar longgokan sampah sarap berpunca daripada sikap manusia sendiri iaitu gemar membuang sampah merata-rata dan tidak mengamalkan amalan kitar semula.
Tanggungjawab semua
“Sepatutnya, plastik sampah wajib dihapuskan dengan betul dan selamat. Ia merupakan tanggungjawab semua orang dan membuang merata-rata bukanlah penyelesaian yang tepat,” kata eksekutif alam sekitar MPMA, S. Sri Umeswaran, 30, ketika ditemui di program tersebut bulan Jun lalu,
Amat mudah untuk menyalahkan bahan buangan sebagai punca kepada tempat dan keadaan yang kotor, tidak terurus serta menyakitkan mata. Hakikatnya, perangai manusia paling sukar untuk diubah.
Berita-berita mengenai aliran sungai yang dipenuhi sampah sarap kerap kedengaran. Ia menyebabkan operasi pembersihan hasil daripada tindakan tabiat manusia itu memakan kos yang tinggi.
Oleh yang demikian, tindakan para sukarelawan daripada MPF dan MPMA amatlah dipuji walaupun kelihatan belum memberi impak besar dalam jangka masa terdekat.
Pengerusi bagi pendidikan dan kesedaran MPF, Ahmad Khairuddin Shaban, 54, pula berkata, pendekatan yang dilakukan adalah bersifat holistik.
“Perubahan sikap untuk tidak membuang sampah merata-rata diharap menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Sungai bukan setakat laluan air, tetapi juga laluan sampah penduduk KL yang macam sampah, (kadangkala mayat bayi pun ada!!) |
Khairuddin menambah, kempen yang dijalankan itu juga sebagai tanda komitmen mereka dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang telah dipersetujui melalui perjanjian persefahaman Agenda 21 DBKL yang ditandatangani bersama.
Selepas berjalan di persekitaran Jalan Bukit Bintang dan KLCC, kumpulan yang penuh iltizam dan dedikasi itu menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) ke kawasan Masjid India yang ketika itu sedang sibuk dengan gerai jualan untuk berbuka puasa dan sambutan hari raya.
Pandangan salah satu flat sampah, sebab penduduknya pun berperangai macam sampah |
Langkah itu adalah bagi meluaskan ruang kempen dan liputan supaya ahli masyarakat yang disasarkan dapat menerima mesej yang hendak disampaikan.
Jumlah perjalanan yang dilakukan pada hari itu dari pukul 2 petang hingga 6 petang pada hari itu adalah lebih kurang empat kilometer.
No comments:
Post a Comment