Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, May 6, 2012

PDK Selayang : Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2012


Atlet dari PDK Selayang (baju torqouise) dan Petugas-Petugas PDK Selayang
yang menjadi pegawai teknikal kejohanan (baju violet dan hijau putih)

PDK Selayang telah menghantar seramai 14 orang atlet Special Olympics ke Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2012 yang telah diadakan pada:

  • Tarikh: 3hb Mei 2012 (Khamis)
  • Masa: 9:00 pagi hingga 4:00 petang
  • Tempat: Wangsa Bowl, Selayang Mall.

Atlet Ahmad Fadil Othman

Atlet Muhammad Aliff Sikry
Atlet-atlet tersebut terdiri dari 12 oang atlet kategori pertandingan dan 2 orang atlet kategori pengenalan, mereka ialah:
  1. Ahmad Fadil Othman; (Div C)
  2. Ahmad Safwan Shukor; (Div B)
  3. Amirul Hassan; (Div F)
  4. Azharul Azri Roslan; (Div A)
  5. Beh Hong Wei; (Div D)
  6. Hamzah Ahmad Kamal; (Div D)
  7. Khairunizan Amirah Rashid; (Div H)
  8. Muhammad Aliff Sikry; (Div J)
  9. Muhammad Zikry Nordin; (Div F)
  10. Muhammad Akmal Shuhaimi; (Div F)
  11. Norbani Adnan; (Div G) dan
  12. Siti Hajar Masrom. (Div H)

Atlet Siti Hajar Masrom

Atlet Norbani Adnan (depan), Siti Hajar Masrom dan Kahirunizan Amirah
Rashid (belakang Norbani)
Sementara atlet kategori pengenalan pula ialah:
  1. Nur Aziera Farieza Mohd Azwary; (Div K) dan
  2. Wan Muhammad Aminuddin. (Div K)

Puan Nor Zulina Mansor, Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak sedang
mengalungkan pingat emas kepada atlet Azharul Azri Roslan


Atlet Ahmad Safwan yang mendapat pingat perak bersama-sama atlet
dalam division B


Atlet Muhammad Zikry (tiga dari kiri), Amirul dan Muhammad Akmal
(enam dan tujuh dari kiri) bersama atlet-atlet dalam div E

Atlet Norbani Adnan, pingat perak dengan 194 jatuhan pin dalam dua games
Azharul Azri dan Hamzah memenangi pingat emas, Ahmad Safwan dan Beh Hong Wei serta Norbani pingat perak, Ahmad Fadil dan Muhammad Zikry pingat gangsa, Muhammad Akmal dan Siti Hajar tempat ke 4 manakala Amirul, Muhammad Aliff dan Khairunizan Amirah tempat ke 5.



Hamzah Ahmad Kamal bersama emaknya yang turut datang memberikan
sokongan sejak awal.
 Kejohanan ini juga akan menjadi medan pemilihan atlet dari PDK Selayang yang akan mewakili Daerah gombak ke Kejohanan Special Olympics JKM Selangor yang dijadualkan akan berlangsung pada September nanti.

No comments: