| BOCCE | 
PDK Selayang telah mengadakan klinik bocce di PDK Rumah Sayangku, Telok Panglima Garang pada 17hb Januari 2012 yang lalu.
| Membersihkan gelanggang bocce hanya 3 orang sahaja yang sudi membantu, yang lain MEMBATU (naklumlah sifat dan sikap M, MM, MMM tu tebal, kan kan kannnn) | 
| Atlet ID nih lebih rajin dari Penyelia2 dan Petugas2 yg M, MM, MMM | 
Klinik tersebut diadakan di atas permintaan dari Penyelia PDK tersebut iaitu Puan Umi Kalthum Saonel.
| Encik Mohd Yusof Tawil sedang memberi teori bocce | 
Ia adalah sebagai persediaan untuk menganjurkan sukan PDK Daerah tersebut yang mana PDK Rumah Sayangku akan menjadi tuan rumah kepada sukan bocce, salah satu jenis sukan yang dipertandingkan dalam Special Olympics..
| Yang rajin boleh catit, yg M kena jugak catit | 
| Encik Mohd Yusof Tawil sedang memberi penerangan untuk praktikal permainan bocce | 
Seramai 4 Penyelia, 19 Petugas dan 28 atlet telah hadir mengikuti klinik tersebut.
| En Mohd Shah Rizal membantu latihan di gelanggang 2 | 
PDK Selayang telah menghantar Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan dan Rekreasinya iaitu Encik Mohd Yusof Tawil dan dibantu oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang dan Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man seorang Petugas PDK Selayang.
| Praktikal permainan, patutnya ceria, yapi nampak macam moncooong je! | 
Klinik tersebut bermula jam 2:00 petang dan tamat pada jam 5:30 petang.
| Puan Umi, sedang mencatit maklumat berkenaan praktikal permainan bocce | 
Klinik dibahagikan kepada dua sesi iaitu teori dan praktikal, teori diadakan selama 1:30 jam dan praktikal juga selama 1:30 jam.
| Encik Mohd Yusof sedang menunjukkan cara-cara ukuran diambil dalam praktikal permainan bocce | 
Semasa sesi teori diadakan, Encik Mohd Shah Rizal telah melatih atlet-atlet yang turut hadir dengan dibantu oleh 4 orang petugas PDK (seoarang dari setiap PDK).
| Encik Mohd Yusof sedang menjawab kemusykilan tentang cara ukuran dibuat dalam permainan bocce | 
Selepas rehat selama 30 minit, sesi praktikal untuk Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK dimulakan.
| Praktikal bocce di gelanggang B | 
Mereka dilatih cara-cara bermain bocce dan juga cara-cara menjadi pegawai pertandingan seperti
Hakim, Jurukur, Pencatit, Penjaga Bendera dan Atletes Usherer.
| Tamat klinik teori dan praktikal permainan bocce | 
Selain dari itu mereka juga dilatih untuk membina gelanggang bocce sementara dari pita keselamatan merah-putih dengan mengikut ukuran yang sebenar.
 
 
No comments:
Post a Comment