Uganda |
Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Runyanya di daerah Kiryandongo, kira-kira 225 kilometer di barat laut Kampala, kelmarin.
Jurucakap polis tempatan berkata, 15 daripada korban adalah pelajar perempuan.
“Daripada 50 yang cedera, 15 mangsa masih dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Mulago,” katanya.
Media tempatan pula melaporkan, 21 pelajar lagi rentung selepas satu lagi sekolah di daerah Zombo disambar kilat.
Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan kejadian itu. Akhbar Daily Monitor melaporkan, 28 orang maut dan ramai lagi cedera dalam sejak minggu lalu.
Angka itu termasuk kejadian terbaru kelmarin.
Uganda kini mengalami musim hujan lebat luar biasa dan kekerapan serangan kilat sejak akhir-akhir ini mendorong ahli politik menuntut penjelasan rasmi daripada kerajaan. -
No comments:
Post a Comment