PENDUDUK Kampung Chinchin, Merlimau amat peramah dan tidak kekok bersembang dengan orang luar seolah-olah lama mengenali walaupun baru pertama kali bertemu.
|
Rumah Melaka |
Kebanyakan yang ditemui menyambut jentera kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Ahad ini dengan senyuman dan salam.
|
Rumah Melaka |
Ketika membuat liputan program dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, wartawan disapa seorang warga emas dari berandanya.
|
Rumah Melaka |
Melihat keramahannya, saya singgah lalu membuka topik pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad ini.
|
Rumah Melaka |
Lagak sembangnya seolah-olah kami sekampung dan dia sebagai orang lama menceritakan perkembangan kampungnya serta pahit manis kehidupan di situ.
|
Belacan dan Cencalok |
Dia ketawa kecil selepas mengetahui wartawan orang Kelantan yang membuat liputan pilihan raya kecil itu.
|
Asam Pedas Melaka |
Katanya, kalau tidak kerana pilihan raya ini, mungkin saya tidak sampai ke kampungnya dan dia bangga orang luar termasuk menteri menjejakkan kaki ke situ.
|
Buah Melaka / Onde-onde |
No comments:
Post a Comment