Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, September 7, 2010

Zakat bukan bantuan untuk seumur hidup

Zakat bukan bantuan untuk seumur hidup-Berita Harian-2010/09/07

PENERIMA zakat patut berbangga jika berjaya keluar dari kepompong kemiskinan berkat bantuan duit zakat, bukan berasa rugi atau sedih kerana tidak lagi tersenarai dalam asnaf penerima zakat.

Perunding Utama Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berkata konsep bantuan zakat bukan untuk seumur hidup, tetapi sebagai sumbangan membantu penerima memperbaiki kehidupan kepada lebih baik. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) berkata, ada yang sudah keluar daripada kelayakan menerima zakat, tetapi berasa sayang melepaskannya. Tidak kurang juga, katanya, dari bapa hingga anak menjadi penerima zakat dan keadaan itu tidak mencerminkan falsafah zakat serta hikmah membantu masyarakat mengubah kehidupan.

“Konsep zakat ialah apabila kita beri bantuan dengan matlamat dia boleh memperbaiki kehidupan seterusnya keluar daripada kemiskinan. Contohnya, wang zakat digunakan untuk mengambil kursus kemahiran bagi menjana pekerjaan.

“Jangan salah anggap bahawa zakat sebagai bantuan seumur hidup dan disebabkan sudah rasa selesa, maka tidak ada usaha memperbaiki diri. Jadi, hidup bergantung bantuan wang zakat saja,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, bagi yang boleh hidup tanpa bantuan zakat sepatutnya memaklumkan pihak berkuasa mengenai perkembangan diri mereka supaya wang diperuntukkan untuk mereka boleh disalurkan kepada golongan memerlukan.

Katanya, tidak dinafikan ramai penerima zakat berjaya menjana pendapat dengan memulakan perniagaan atau meningkatkan kemahiran menggunakan sumbangan zakat diterima hingga membolehkan mereka berdikari.

“Memang ada yang dulunya penerima zakat kini bertukar menjadi pembayar zakat berkat kesungguhan memanfaat bantuan diterima. Inilah yang kita mahukan, bukan marah apabila nama mereka terkeluar daripada senarai penerima hingga merayu-rayu,” katanya.

Katanya, bagi yang tidak layak menerima zakat, tetapi tetap mahu wang sumbangan zakat, mereka melakukan dosa kerana mengambil hak orang lain. Dari segi moral serta agama, tindakan itu tidak boleh diterima.

Mengenai wang zakat mencecah jutaan ringgit dikutip sekarang ini sebagai penyelesai kepada masalah kemiskinan yang masih menghantui masyarakat di negara ini, beliau berkata, wang zakat bukan satu-satunya sumber membasmi kemiskinan.

Sebaliknya, agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat serta organisasi berkaitan turut memikul tanggungjawab membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

“Memang timbul persepsi sepatutnya dengan jumlah zakat sebanyak itu, tidak patut ada orang miskin di negara ini, tetapi tujuan zakat bukan membantu orang miskin kerana ada asnaf lain berhak menerima wang zakat,” katanya.

(Tiada masalah dengan bantuan zakat,yang menjadi masalah ialah pegawai zakat tidak turun padang untuk menyiasat kes yang memohon bantuan zakat, hanya dengan sedikit soal selidik atau temuduga, mereka telah membuat keputusan samada berjaya atau tidak)

(Jika tidak masakan Pusat Zakat-Pusat Zakat yang mengeluarkan bantuan untuk orang kaya yang membei kereta Volvo S90 diberi zakat atas dasar kerana gagal membayar ansuran kereta-dalam konteks ini Pusat Zakat membenarkan mereka membuat hutang walaupun tidak mampu)

(Ada antara penerima zakat yang mendapat bantuan perniagaan, walaupun berjaya dalam perniagaan serta berjaya menambah jumlah kereta dalam rumah tetapi masih menerima zakat secara bulanan)

Wallahu'alam.............

No comments: