Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 4, 2010

Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang.

Al-hamdulillah.

PDK Selayang telah berjaya mengadakan program Iftar Ramadhan 1432H pada 23 Ramadhan 1432H (2hb September 2010, di perkarangan PDK Selayang.
Sedang menyiapkan juadah berbuka puasa

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (1)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (2)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (3)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (4)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (5)


Seramai lebih dari 250 tetamu telah hadir pada program tersebut yang bermula sejak 6:00 petang. Antara mereka terdiri dari seramai 158 orang OKU, anak yatim dan anak kurang bernasib baik.
Ucapan Alu-Aluan Oleh Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh,
Pengerusi PDK Selayang

Ucapan oleh Puan Anizawati Jamian yang mewakili
Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Gombak

Di program tersebut Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh iaitu Pengerusi PDK Selayang telah memberikan ucapan alu-aluan kepada hadirin terutamanya ibubapa yaang sudi hadir dan membawa bersama anak OKU mereka menyertai program tersebut.

Selain Pelatih OKU dari PDK Selayang, Pelatih OKU dari PDK-PDK berhampiran juga turut hadir iaitu dari PDK Rawang, PDK Hulu Kelang, PDK Taman Seri Gombak dan PDK Kasih Templer.

Duit Raya juga untuk Pelatih OKU non muslim.

Penyampaian Duit Raya kepada Pelatih OKU PDK Taman Seri Gombak

Penyampaian Duit Raya kepad Pelatih OKU PDK Hulu Kelang

Sementara itu Puan Anizawati Jamian hadir bersama untuk mewakili Encik Ishak Muhammad Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak.

Di Majlis tersebut Pengerusi PDK Selayang menyampaikan sumbangan 'duit raya' kepada semua OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik.

Sementara itu bagi pehak PDK Selayang, Puan Anizawati turut menyampaikan 'duit raya' kepada Penyelia, Petugas-Petugas PDK dan lain-lain kakitangan PDK (Pemandu) dan (Pembantu-Pembantu Am Pembantu-Pembantu Guru-bekas pelatih OKU yang dilantik).

Puan Anizawati menampaikan Duit Raya kepada salah seorang
Petugas PDK bagi pehak PDK Selayang

Petugas PDK yang gembira selepas menerima Duit Raya masing-masing

PDK Selayang juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penderma-Penderma yang telah menyumbangkan kewangan dan lain-lain keperluan untuk majlis tersebut seperti:

1. Datin Fauziah (Alloy Consolidated) yang telah menyumbangkan nasi minyak untuk 250 orang.
2. API Sdn Bhd.
3. Sin Thye Loke Sdn Bhd.
4. Atarek Kamil Sdn Bhd.
5. Ukur Khidmat.
6. Leighton Contractors Bhd.
7. MBSB

Serta lain-lain penyumbang yang telah menyumbangkan kewangan, tenaga dan lain-lain keperluan majlis serta yang telah menjayakan majlis Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang.

No comments: